Wednesday 7 November 2012

antara dua~~

salam
petang nie sekali lagi aku ke Terminal Pudu
bertiga lagi,ngan ecah and shila
tujuan kami tak lain tidak nak tukar tiket bas
sebab nye semua kelas pada hari jumaat dibatalkan
so boleh la balik awal sehari
tapi kes aku nie
memandangkan tak balik terus ke rumah sendiri
maka nya kemalasan nak balik awal mula bertandang
bukan ape
tak selesa sangat terutama bila dah dekat ngan majlis
mesti ramai orang
dah lah mak aku takde pown
bakat beramah mesra ngan orang tua kena betul2 asah nie
hehehehehhe

on the way to terminal pudu
after turun kat stesen lrt
kita perlu menyusuri sedikit ruang pejalan kaki berbumbung
aku kira2 sepanjang penyusuran tersebut
ada dalam dua hingga tiga orang pakcik makcik tercongok kat tepi
ada yg baring
ada yang mencangkung n bersila
macam2 gaya mereka
bila dinilai dari sudut hati seorang insan
berhati perut seorang manusia
memang serius kesian kat mereka2
terasa ingin dihulur2 seringgit dua
yela aku pown bukanlah terlalu kaya sekarang
*sebab jpa tak masuk lagi
huhuhuhuhu

tapi kadang2 terfikir apa yg jadi dalam hidup mereka
sehingga mereka nekad memilih jalan tersebut
sanggup mereka melutut pada perikemanusiaan
dan memohon simpati manusia yg sepatutnya setaraf
apa agak nya yg memaksa mereka
sehingga terpaksa menebalkan muka
sehingga tidak kisah lagi untuk digelar pengemis
dipandang serong oleh masyarakat
namun tidak semua begitu
masih ada sebahagian dari manusia di dunia ini
yg masih punya hati dan perut
tetap dihulur sedikit
at least bagi lah peluang pakcik makcik 2 menjamah sedikit juadah



sometimes ak terfikir andai aku berada di tempat mereka
betah kah aku?
tabah kah aku?
mampu ke ak  bersabar melihat orang lalu lalang ngan penuh bergaya
memperlakukan aku seperti sampah
mereka sangat kuat sesungguhnyaa..
=(

ada yg masih ada kudrat
masih tough
kenapa perlu dipilih jalan hina ini?
dipandang rendah dan dicaci oleh masyarakat
selagi boleh dan mampu
kita dituntut untuk berusaha demi memperoleh rezeki Allah
pilihan sentiasa ada depan mata kita
tinggal kita untuk memilih
membuat keputusan tepat dalam hidup kita
yg akan menentukan masa depan kita

kadang2 ada juga hasutan syaitan membisik
mengatakan kemungkinan makcik pakcik nie menipu
untuk apa aku hulur duit kalau nanti hasilnya haram
isu nie timbul terutama dalam kes budak2 yg datang meminta sedekah
sambil menjual2 ayat2 Al-Quran
aku sendiri tak berkenan sebenarnya
seolah mempermain kan ayat suci Allah
dijual2 di merata tempat
tapi tak lah aku marah kepada kanak2 tersebut
mungkin mereka pown tak salah
diupah mungkin
huhuhuhuhuhuhu

tapi ada orang cakap
andai kita sibuk menyelidik ke mana duit kita hulur 2 pergi
sama ada ke jalan halal atau haram
memang kita tak akan pernah cuba membantu golongan nie
so better la tak payah nak fikir sangat
andai betul ikhlas
just hulur jek
sedekah kat mereka dengan harapan duit 2 menjadi saksi depan Allah kelak
ke mana ia pergi dan disalurkan
belakang cerita
tawakkal hanya kepada-Nya
insya Allah....=)
bersangka baik lah kamu
jika tidak
penyakit hati mudah bertandang......


salam....=)

No comments:

Post a Comment