Thursday 29 March 2012

bila diri disayangi~

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir


Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri

Wednesday 28 March 2012

aku adalah aku

kenapa tajuk post aku macam nie??
sounds weird, kan?
entah
cuma terfikir sekarang
aku tidak sukakan kepura2an
aku adalah aku
apa yang kowang nampak aku
itulah perangai aku
cuma in certain situation jek aku 'terpaksa' kawal
namun bukan bertujuan untuk hipokrit
kerana aku punya seorang teman
yang kadang2 seolah2 lebih suka menyorokkan perangai sebenarnya
bagiku
express jela semua
then mereka yang terus berkawan dengan aku mean mereka dapat terima aku seadanya
alhamdulillah
setakat nie tiada yang menjauhkan diri

inilah aku
di rumah
di kolej
di kelas
di mana2 sama sahaja
cuma kadang2 kena kawal
macam gelak kalau kat rumah n bilik main lepas jela
tapi kat kelas n depan kawan2 lelaki
kena lah control
bukan nak kawal ayu
cuma ini berkaitan adab sopan perempuan melayu bertudung labuh
hal ini menjadi keutamaan juga
namun kenakalan dan keriuhan aku masih tak dapat dibendung walau di mana jua
even kadang2 dengan lecturer n DEKAN kot!!aku still terbawa2 dengan mulut aku yang memang tak reti nak diam nie
aishhhhh
mulut aku berhenti berfungsi time tidur jek
hahahaa
tapi ok lah 2
aku menggunakan sebaiknya nikmat yang Allah beri
hehe
orait
till then
salam..................

tekad hati ini

salam
terasa lama tidak menjenguk ruangan ini
*based on the previous post kot
hehe
aku hanya insan biasa
mudah tertipu dengan keindahan dunia yang sementara
terasa hati ini terlalu kotor
lebih kotor dari mereka yang lalai
barangkali aku terlebih lalai
soal cinta seorang lelaki
mampu membuatkan aku jauh dari Mu
Ya Allah ampunkan aku....

oleh itu aku bertekad untuk membuang terus perasaan itu
seakat ini sudah 2 hari tekad tersebut tetap di hati
aku harap terus berlanjutan
hingga lah ke saat aku bersedia untuk menempuhinya
malah layak untuk mengalaminya
kalau boleh Ya Allah
aku mahu cinta ku tumpah hanya untuk si dia suamiku yang sah
hanya dia seorang dunia akhirat
aku mohon Engkau pertemukan aku jodohku di dunia dan kekal hingga ke akhirat

for now
aku inginkan hati yang suci bersih
suci dari sebarang cinta yg melalaikan
bersih dari dosa
Engkau permudahkan bagiku
hati aku kosong
kosong dengan cinta itu
namun ingin aku penuhi dengan cinta-MU
semoga dipermudahkan

insya Allah....=)

Saturday 17 March 2012

jalan2 suka ria

salam
bersuka ria
jalan2
memang seronok kan
syok sangat
berkonvoi pulak 2
nak ke rumah ifa jek pown
sebab abang dia kawen
kami dijemput ke kenduri 2
so ape lagi
bab makan free
memang tak lepas
hehehe

rombongan cik kiah 3 kereta tadi
sampai sana saja dah pukul 1 lebey
semua gara2 tunggu budak laki
kalau ikot kan pukul 11 kitowang dah siap
aishhhhhh
p2 lepak2 jap
pas snap2 gambar
kitowang gerak lah ke sunway pyramid
hajatnya nak sambut beday fatin n fadir
tapi nak suprise laa kononnya
tapi spoil laaa
dak2 laki gi main bowling
sekali lagi kami menunggu dengan penuh kesabaran
tapi hati mendidih jugak lah
rasa nak cubit2 jek diowang nie!!
lagipown tak pernah kitowang kuar ramai2 cm 2
tapi last2 pisah2 gak
diowang main bowling
ktowang jalan2 then lepak kat secrete rcpe
pergghh
cam orang kaya pown ada kot
sekali sekala
nak celebrate kawan punya pasal
last2 dah lewat sangat nak solat lagi
panggil lah diowang turun
tapi rupanya diowang sambung main 2nd round pulak!!!
aishhhh
lantak lah
yang penting fadir kena datang
kebetulan die tak main dah
sebab die yang ktowang nak rai pown
so berpesta kek lah kami bersembilan orang

siap2 makan gi solat then balik
seharian suntuk kat luar
sumpah penat!!
mata dah tak larat nie
esok ada kelas memandu pulak
aishhhh
janganlah tidur semula pas subuh esok...
kalau tak.........................
hohohohohoho

*berjalan tak ingat dunia
assignment berlambak tak siap2
kuiz2 bakal menjelma
dateline kerja2 semua minggu depan
argghhhh
tak nak fikir laa.......
heheeheehehe

Friday 16 March 2012

my weaknesses

salam
siapa dalam dunia nie yang lahir2 tanpa sebarang kelemahan
semua nya sempurna
ada ke??
Nabi Muhammad adalah maksum
idola kita
tak termasuk la yang aku tanya nie manusia biasa macam kita nie

terlalu berterus terang dan suka bercerita
merupakan kelemahan terbesar aku
sebab dari situ orang boleh nampak personaliti aku
directly from my words
the way i talk
kadang2 terasa nak asingkan diri dari semua
sebab bila berkumpul ramai2
memang terinduce la gak nak bercakap
bercerita itu ini
kadang2 terumpat orang
kan dah buat dosa
aishhhhh
tapi bila aku senyap orang pelik plak
hohohohoho
nampak laa mulut aku nie memang jenis bising kot
sampai orang hairan bila aku sepi
siap cakap aku sakit lagi
mengantuk laa
macam2 spekulasi orang
aku mampu tersenyum jela
bisik hatiku, mereka tidak tahu isi hatiku
oleh itu aku maafkan semua
tidak terdetik di hati even sekelumit pown

sebab semua sahabat aku
teman seperjuangan dunia akhirat

esok jalan2!!!

salam
jalan2!!!
hehehe
itulah kerjanya kan
orang suruh duduk sini belajar
fokus pada buku
nie kejap ke sana
kejap ke sini
ke sinun
aishhhh
tapi siyes
kalau aku asyik terperap jek
boleh dapat mental disorder taw

esok nak berjalan
tak adalah makan amgin sangat pown
orang jemput kenduri kahwin
kena lah penuhi undangan 2 kan
hahaa
lagipown makan free
bukan selalu
hohohohohoho

tapi sebab nak berjalan 2 lah
pening kejap malam nie
nak settle bab kereta
pastu nak tahu jalan lagi
driver semua tak expert jalan kL ke shah alam
hahaha
takpe laa
redah jelaa
heeehe
tapi kesian kat kawan2 laki
diowang nak g gak
tapi tak ada kenderaan
masing2 pening cari kereta sewa

tengok lah esok macam mana
insya Allah dipermudahkan
amiinnn~~~~

Wednesday 14 March 2012

terus terang

salam
pernah dengar tak lagu nie
terus terang by radja
rasanya mostly pernah dengar kan
sebab agak femes laa kot
n dah lama
huhuhu

bila aku dengar tadi lagu nie
time2 kesunyian aku memang suka pasang lagu kat fon
tak berapa suka dengar radio
banyak orang cakap
huhuhu

bila aku dengar lirik lagu nie
aku setuju
cinta ini Allah yang anugerahkan
kita hanya menerima
dengan penuh redha
disimpan di hati yang satu
namun sampai suatu saat
hati terdetik dan tertarik untuk meluahkan
segala yang terpendam terasa ingin dihamparkan
seluas2nya
berterus terang itu lebih baik

cuma caranya bagaimana ye
ikot Islam
menggunakan orang tengah adalah yang terbaik
kerana boleh elak fitnah
dan tidak semestinya lelaki kena approach dulu
kalau perempuan punyai keberanian itu
boleh lah diteruskan niat itu
setelah diluah dan mendapat response
haruslah redha dengan apa jua keputusan nya
kerana sesungguhnya tiada paksaan di dalam cinta

wallahualam~~~~

Tuesday 13 March 2012

tipu hati sendiri = tak sihat

salam

kenapa nak tipu diri sendiri
tipu hati pulak 2
tahu tak hati awak 2 bernilai sangat
so kenapa nak tipu2 macam nie
nanti sampai satu saat hati 2 dah tak nak bekerja untuk awak
menyesal pown dah tak guna
kerana hati ini terlalu penting dan amat BERNILAI!!!

even kecil kan
tapi dalam subjek anatomy dan fisiology
subjek pelbagai sistem tubuh badan
farmakologi
semua lah yang ada belajar bab mekanisme sistem badan manusia
metabolism ubat dalam badan
kebanyakannya tertumpu kat liver taw
n liver = hati!!
betapa pentingnya sebuah hati
tanpanya kita mungkin tak boleh jalani hidup normal seperti biasa
tanpanya mungkin boleh menyebabkan pelbagai penyakit
and can leads to death!!

so did u really need to lie on your heart???
that's the issue
why3??
hati sakit tubuh badan menjadi lemah lesu tidak bermaya
tapi kadang2 kita cenderung jua untuk menipu ini
lumrah manusia kot
bukan lah maksum kan macam para nabi
mulut bukan lah sentiasa berzikir
hati kadang2 terpesong jugak dari mengingati Allah

namun janganlah sentiasa disemai segala kata2 tipu itu dalam hati
kerana bimbang hati yang satu ni
tidak lagi sihat seperti biasa
menjadi lemah tidak bermaya
maka satu badan dapat effectnya
jangan biarkan hati berduka terlalu lama
bimbang rosak hati tersebut
punah lah segala kehidupan kita

salam=)

still menjadi igauan

PERMATA YANG DICARI


Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya 
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah 
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu 

berubah sebelum diubah

salam

kita kan selalu dengar
sembahyang lah kamu sebelum kamu disembahyangkan
ayat seram dari abad2 terdahulu 2

tapi masuk part nak berubah nie
perlu kan keazaman yang tinggi
ketabahan yang kental
semangat juang yang teguh
apa lagi?
hehehe

berubah menjadi yang lebih baik amatlah dituntut dalam Islam
malah kita digalakkan agar sentiasa membuat perubahan
'anjakan paradigma'
istilah nie first time aku dengar dari ketua pengawas sekolah dulu
seeloknya biarlah esok menjadi lebih baik dan bermakna berbanding hari ini dan semalam
malah dikatakan rugi bagi sesiapa yang sama saja tiap2 hari dalam hidupnya

even dalam pelajaran pown
kita akan menigkat dari semasa ke semasa
biarlah orang tengok result kita makin menurun
tapi kita tahu
di sebalik penurunan tersebut
banyak pelajaran yang kita perolehi
berlambak pengalaman boleh kita timba
hanya hati masing2 dapat rasai semua tu

tapi maksud aku berubah nie
adalah berhijrah
dari yang buruk kepada baik
yang tidak elok menjadi disenangi
segala yang tidak baik dikikis

sesungguhnya aku dalam usaha menjadi yang baik dalam kalangan kalian
aku masih belajar
untuk menjadi manusia sebaik2 ciptaan-Nya
dalam usaha belajar itu
sudah pasti aku tidak dapat lari dari melakukan kesilapan
insya Allah based on kesilapan itu aku belajar
semoga tidak akan berulang lagi pada masa akan datang

aku sedar aku insan yang lemah
banyak kekurangan
malah keburukan dalam diri serba daif ini
sentiasa berharap teman2 masih mampu menerima seadanya
aku jua akan menerima dan adapt dengan segala kerenah mereka
janganlah Engkau meletakkan apa2 halangan dalam perhubungan kami Ya Allah
hanya kepada Mu aku berserah...
demi Mu aku menyayangi semua sahabat ku

*ayat jiwang macam nie kalau ada kawan2 tengok knpem kena gelak habis la nie
aishhhh
tapi ini isi hati aku
yang tulus ikhlas
insya Allah
hanya di sini aku luahkan
(sebab tu taknak ada kawan baca)
heh3

orait...till then n salam~~~~

Monday 12 March 2012

jangan seksa keluargaku lagi

salam

ayat atas macam mengancam semacam jek kan
banyak tafsiran boleh buat 2
apa yang aku maksudkan
berilah peluang buat kami terutama nenek aku
untuk merasa tenang
dan senang malah happy
tanpa sebarang gangguan
dari awal ada aje yang berdengki

buat rumah besar sikit pown dah kecoh
orang sebelah buat tembok dikatanya nenek aku jugak
macam dah tak ada cerita lain nak buat
pastu duk hantar mende tak elok
semuanya merenggang kan hubungan kami
namun nenek aku masih bertahan
mampu menangkis segala rintangan
terutama selepas arwah atuk meninggal lebih kurang sembilan tahun lalu

namun aku tahu
malah mengakui
ini semua adalah antara ujian Allah buat kami
menguji tahap kesabaran
ketabahan dan kekuatan kami menghadapi segala nya bersama
dan hal2 sebegini juga yang mengukuh kan ukhwah kami
bersatu menghadapi seribu satu dugaan

tapi.............
aku masih juga lemah
tidak berdaya membantu mereka
keluarga ku sendiri
sekarang makcik aku dalam kesakitan
adik aku cakap ada 'benda' dalam badan dia
mula2 tengok macam cramp
tapi aku dah agak
sebab cara dia cramp 2 lain sikit

dan rupanya sampai hari nie pown still tak elok jugak
aku dah risau nie
tapi takmo cakap kat mak aku
nanti mesti mak aku tak bagi fikir
suruh duduk diam2 kat sini
belajar
tapi tadi dah pown nangis
huhuhuhuhu
rasa release sangat
air mata pulak mencurah2
maybe tambah dengan badan panas kot
dengan kerisauan tahap kemuncak
sampai tahap aku dah tak kisah kalau kantoi dengan kawan2
biarlah
even kadang2 aku lebih suka sorok air mata nie
tak suka orang bersimpati
tapi kalau ada yang memujuk aku suka laaa
hehhehhee
betul lah apa yang aku baca dari blog kawan aku tadi
air mata perlu dirai
saat berduka
hanya air mata menemani
bukan lagi kawan2
apatah lagi someone yang tak tahu lah kat mana saat 2
cuma air mata dan Allah ada di samping.....

*tak tahan tumpah air mata kat library plak 2!!!!nasib baik ramai keluar gi kamal laa,gi makan laa...hehehe

saya selesema cikgu!!!

salammmmm
*bagi salam pown dah meleret
aishhh
tapi memang aku tak larat
nak bukak mata pown dah tak tahan
tapi atas dasar teringat kerja berlambak lagi tak siap
BI lah,assignment TM lah..tadi tambah pulak tutor AS
memang tak putus kerja sampai lah habis satu sem nie
tak apalah
adat hidup belajar
2lah siapa suruh asyik tangguh jek kerja
siap balik rumah lagi pulak 2
ladtop semua tinggal kat sini
memang terbaik laaaa duhai HATI KECIL weh!!

rehat tak cukup
ke tak cukup rehat
sama je ea??
hehheehe
nie lah sebab aku jadi lemah nie
suhu badan tak normal dah nie
meningkat
tapi tak sampai 40 degree celcius laa
kalau tak dah cecah tahap bahaya 2!!!
tapi tak tahan nye
i have runny nose!!!
dah berapa kali terbersin nie
then tekak pown dah macam nak bekerjasama dengan hidung gak laa 2
buat pakatan nak sabotaj aku

pleaselah weh
i need all of u
work with me
with a lot of strength
aku tak boleh tidur over sangat sekarang
huhuhuhuhu
nie dah masuk minggu keempat
minggu ketujuh kot dah midsem!!
huhuhu
pandai sangat nasihat orang
diri sendiri pown gelabah gak bila sedar midsem dah dekat

aku akan cuba ceriakan muka dan ekspresi wajah nie
tadi pown dah ramai yang tegur kot
ketara sangat ke kalau aku senyap?
nampak sangat aku memang bising kan dalam kelas
hohohohohoho
buat teman2
jangan risau
kalau aku senyap
itu tandanya
either aku mengantuk sangat
atau tak sihat macam tadi
memang tak larat nak bukak mulut
plus telinga terasa berdengung
macam kurang jelas jek apa aku dengar dan cakap
aishhhhhhh
so better aku diam
hehee

'nape alyaa,masam jek muka??'...padahal aku dah habis try ceriakan dah muka nie
dah try bisingkan semula
borak dengan semua
tak ada mende penting pown aku pi gak cakap dengan orang itu orang nie
but still..................
may be kepenatan tue masih berbaki
hohohohoho
maaf laa...memang aku tak reti nak sorok sangat
terutama muka penat
dan sakit
sedih boleh la sikit kot
tapi yang paling tak boleh dan tak mungkin dapat sembunyi
GEMBIRA!!!hahahhaa

moral of the story is gembiralah anda ketika masih boleh bergembira....
nikmat ketawa andai ditarik
ibarat mati tapi masih bernyawa~~~~

Sunday 11 March 2012

family kita tak sama

salam
huhuhuhu
entry kali nie
nak sentuh soal kawan dan family
tiba2 aku teralami mende nie
bila aku bawak balik seorang kawan ke rumah hari tu

ok first of all
aku nie dibesarkan dalam sebuah family yang besar
adik beradik ada 5 orang
aku sulung
dan memang kami rapat
HUHa jugak laa kami nie
suara tak payah cakap lah
menjerit sana terpekik sini
pastu kami sekeluarga tinggal di rumah nenek belah mak aku
n semua anak2 nenek aku*makcik aku laa maknanya
tinggal berhampiran jek
so dari awal2 kami memang suka habiskan masa hujung minggu
lepak2 ramai2 kat rumah nenek aku
yang orang tua borak2
perempuan bergosip
lelaki berpolitik
tapi ceria semua
golongan budak2 main sama
time gaduh berlari mengadu
dah abih sesi mengadu main sama2 semula
hahaha
n bile ayah aku dah tak ada sekarang
memang nenek aku suruh kami tinggal bersama
buat teman nenek aku jugak
kami memang rapat
even dengan makcik2 pown
macam dengan sepupu2 jek gurau sana sini
memang sentiasa kecoh
hehehehe
nampak sangat mesra

namun bila kawan aku datang rumah
aku tahu keadaan family die
mungkin tidak sebaik aku
tiada ibu
membesar dengan nenek yang telah meninggal tahun lepas
ada makcik2 yang tidak sehaluan
malah banyak konflik hidupnya
tinggak berasingan dengan ayah
menjauhkan jurang antara mereka
keluarga baru ayahnya menambahkan lagi ketidakselesaan nya

dan aku nampak
mungkin dia sedang membandingkan antara family dia dan aku
maafkan aku
kerana kami memang begitu
tiada niat nak menunjuk atau sengaja menampak kan kebahagian kami
kerana dalam kegembiraan itu sudah pasti ada terselit sedikit kedukaan
semua orang sama
kerana dalam hidup ada duka ada bahagia
think positive
then it will be as positive as we thought

memang aku rasa bersalah
namun apa daya ku
huhuhuhu
hanya ungkapan maaf mampu meniti di bibir....

=(

bujang VS berpunya

salam
enrty kali nie kan
tak tahulah kenapa
tiba2 terfikir bab2 kahwin nie
maybe sebab tadi gi borak sal kahwin dengan kawan matrik aku 2..jepa..
aishh
lama laa tak jumpa dia
masing2 sudah sibuk kan
huhuhuhu

kalau kita compare
antara orang bujang dan orang yang sudah berpunya
atau lebih fokus kepada kahwin
sebab term berpunya 2 banyak maksud 2
kapel pown berpunya
hati terpaut jek pown dah berpunya

antara life mereka
aku percaya orang berkahwin lebih tersusun dan terjaga
terutama nya kepada kaum Adam
ada orang jaga makan minum
baju seluar ada orang tolong prepare kan
ada yang basuhkan
rumah pown terjamin lebih bersih dan kemas
bukan lah kata lelaki nie
memang perlukan sangat perempuan
tapi lumrahnya begitu
perempuan pown
after kahwin ada orang jaga
ada orang care
ada orang lindungi
dah tak jadi mangsa gangguan usikan anak2 muda nakal
terasa selamat sangat
itu lah function sebuah perkahwinan

lelaki melindungi
perempuan senang dilindungi
saling percaya paling penting
syak wasangka perlu dikikis
cemburu tanda nya sayang dan cinta
bimbang kekasih hati menjadi milik orang lain
namun cemburu bagai nak rak
bukan lah sesuatu yang baik
boleh mendatangkan kemarahan
hasutan syaitan menguasai
maka runtuhlah sebuah masjid
jika tiang iman nya masih tidak mantap

oleh itu
muhasabah lah diri sendiri
layak kah aku untuk menggalas segala tanggungjawab tersebut
andai tidak
tenangkan hati
belajar
dan terus menimba ilmu agar layak diri bergelar seorang isteri mahupun suami kepada seseorang
sama2 menjalankan tanggungjawab
tiada siapa yang akan bergoyang kaki
melihat pasangannya bekerja

malah saling melengkapi
kerana itulah tujuan sebuah perkahwinan

isu tidak sempurna tidak patut tercetus
fungsi kita berkahwin sendiri menjelaskan kenapa
andai sudah sempurna
perkahwinan boleh ditolak kepentingannya
dan Islam menggalakkan perkahwinan
bagi yang berkemampuan
namun jangan lah dikatakan 'aku tidak mampu'
hanya Allah tahu kemampuan kita
bila sampai saatnya
hati sendiri melonjak
keinginan untuk memiliki dan dimiliki
datang melimpah2
bagai tidak dapat dibendung lagi...

*ayat jiwang2 kat atas 2 kan...
bukan apa
cuma berkongsi sedikit pengetahuan berkenaan hal ini
hehehe
memang tahu tajuk nie antara topik hangat
yang jadi bualan setiap lapisan masyarakat
terutama REMAJA.....
heheehe

so sebagai salah seorang remaja
tidak salah laa kan nak cakap sal nie
heheehe

ok,thats all for this time...
k salam...=)

pengalaman2

salam
dua hari kot aku tak update apa2 kat sini kan
nak kata busy tak pown..
cuma aku tinggal ladtop kat bilik kolej nie
n balik ke rumah di kuantan
balik pown sebab mewakili kawan aku ,fadir *nama dia lagi kan...hohoho
wakil kan dia meetig mypsa
ajak min sekali

maka alkisah
terjadi lah satu cerita yang kalau dengar saja mesti gelak sakan nak mati la
tapi kalau alami sendiri pown rasa macam nak.....
tak sanggup nak cakap
tapi aku anggap sebgai pengajaran
dan pengalaman
lain kali jangan mengada nak buat lagi

malas lah nak cerita panjang2
kesimpulannya
jangan tidur dalam bas
yang tak berhenti kat terminal kita
huhuhuhuhuhu

k itu saja...dah tak larat nak menaip
terasa macam nak demam...huuu
=(

Wednesday 7 March 2012

IPL

salam
aikkk
macam baru jek post yang tadi kan
heh3
kata nak banyak2 post
biar nampak meriah sikit blog nie
hehehe

kan ade cakap pasal IPL tadi kan??
kowang taw tak ape itu IPL??
huhuhu
sebenarnya aku sendiri pown tak tahu lagi nama penuh nya
hehehee
tapi its a case study kind of learning actually
we have been divided into smaller groups about 9-10 people
one lecturer will guide us
during the discussion session
we are given a topic
not a topic actually
but like a piece of paper
written the problem happen to some patients
and we need to discuss the symptoms
we have to come out with a conclusion
what disease that are related and also the treatment involved
we have to come out with several learning outcomes
that should be in that topic of discussion
then we'll be given a week to compile all the notes and information
then next week
at the same place
we have to present it to our group
make sure everyone can understand what u teach
its a enjoyable kind of learning i think
we can practice to learn and think
and have to do some critical thinking session

so thats all about IPL
our lecturer decided to make it more efficient due to previous result
so
i better get prepared laa kan
huhuhuhu
tomorrow is the presentation session
so thats all
thank you..
=)

akhirnya......

fuhhhhh
hampir sejam jugak aku edit mende nie
lenguh kepala + mata n tangan
aishhh
macam mana lah ade orang boleh minat mende2 IT nie
huhuhu

ini lah hasilnye
macam tak puas hati lagi
tapi tak boleh dah
kena stop
banyak kerja lain lagi
huhuhu

yang paling penting..
esok ade IPL!!!!!huhuhuhuhuhu

bukan bidang aku kot

salam
kowang kalau ada baca blog aku nie
ade nampak apa2 kurang tak??
tak  baca pown even tengok jek pown ok
huhuhu

aku still rasa tak cantik
hmmmm
macam mana nak buat cantik nie....
sekarang misi aku nak mencantikkan blog nie
yeessss
heeeee
banyak laaa ko
nota berlambak atas meja 2 sape nak baca???
tak apa..kejap jek..ea??hehee
nak hias n insya Allah kalau ada masa luang tiap2 hari nak update blog nie....
hehehhe
nak biar post berlambak2 macam blogger lain
biarlah post tak best pown
*ayat dengki 2!!!hahaah
bersaing secara sihat nie....

aish...macam mana nak hias nie??
sungguh ak tak tipu
ak tak pandai laa bab nie
memang bukan bidang aku pown
huuuuuu
dah laa tak kreatif langsung!!
huuuuu
tak apalah
aku akan cuba sebaik mungkin
hehehe

chayok!!!!
ok...nak mengedit2 nie...
k salam...=)

i'm a pharmacist

salam
tadi lecturer tanya
'siapa ada blog??'
hehehee
aku angkat tangan...of kos not!!!!huhuhu
dah nama nya nak privacy,mana boleh heboh....
hehehe
pandang fadir,tuan empunya badan yang pernah berjasa menghias blog lama aku dulu
time rajin2
tengah cuti
tapi lupa pulak
dia dah tak ada blog
delete kot
entoh lah kenapa
katanya menimbulkan fitnah
memang lumrah hidup
mulut orang bukan boleh tutup macam mulut tempayan
huhuhu
tapi dah tak ada blog nak baca time free...huhuhuhu

so ape kena mengena nya dengan tajuk post nie???
memang i'm pharmacist.....
sebenarnya future pharmacist!!
hehehe
sedikit ralat arwah ayah tak sempat tengok aku grad
apatah lagi bekerja sebagai salah seorang ahli professional
ahli kesihatan
yang menjadi kepercayaan orang awam
harap arwah ayah tumpang bahagia di sana~~~~

sebagai seorang ahli farmasi
apa kena ada??
huhuhu
kena sentiasa belajar
orang kata long life learning....
even dah bekerja nanti pown still belajar
tadi baru tahu kena kutip 10 point nak make sure lesen ahli farmasi 2 continuously sah
pastu tadi pown kena marah dengan lecturer sebab tak bawak BNF
semua ternganga bila kena tanya indication ubat
belom lagi mechanism
huhuhu
bila fikir semula
betul ke pathway aku nie???
tapi hati kata
insya Allah
dia dah tetapkan jalan ko yang nie
menuju kejayaan hakiki kelak

so kena lah usaha lebih kan....
lebih berjaya
lebih kaya!!!hua3
bukan2....kaya dengan niat mahu menolong keluarga aku
yang kelihatan goyah sedikit sekarang kerana masih menyesuaikan diri
dengan keadaan tanpa tempat bergantung
mak ada
namun tidak se-gah ayah
mungkin kerana mak tidak bekerja.....hohoho
insya Allah aku akan bantu mereka suatu hari nanti...
doakan aku~~~

k salam..................=)

start menyiasat

salam

aishh...
rupanya ramai jugak coursemate aku taw aku ada blog
hua3
ingat ramai tak ambik kisah
tapi diowg tahu yang lama
hehhe
yang baru nie
hati kecil nie diowg tak jumpa lagi
heeeee

biarlah
aku hanya mampu bagi klu2 jek
nak bagi link memang tak lah kan
segan laa kalau diowang baca segala isi hati aku kat sini
huhuhuhu
ayat jiwang2 semua keluar kot
biarlah
jadi tanda tanya pulak
tapi aku tak suka tulisan aku terbatas
atas sebab2 begitu
hohoho

namun
jauh di sudut hati aku
mengatakan
satu hari nanti ada kawan yang akan jumpa jugak blog nie

time 2 memang aku buat bodoh jela...
hahhaa

let it be my only secret..............
=)

Monday 5 March 2012

simple..yeke??

salam
entry nie saja nak borak2
mengisi masa terluang
errkkk.....
terluang sangat ke ??
macam tak jek kan...
inilah hidup student farmasi...
agak BZ sepanjang masa
cuma sendiri kena pandai manage laa masa 2

kenapa saya tulis tajuk 'SIMPLE' 2??
hahahaa
tak ada pape pown
cuma bila tengok blog ini
terlalu simple
bila dicompare dengan blog dahulu
dengan blog kawan2
malu pulak kalau nak bagi orang tengok
hohohoho

memang aku suka semua menda simple
contoh
nama blog nie pown dah simple kan
aku suka hidup simple
tak payah nak complicated sangat
lebih mudah
lebih tenang
malah lebih gembira
kalau berfikir pown
aku cenderung untuk tidak terlalu berfikir dengan mendalam sangat
sebab akan menyebabkan urusan menjadi terlebih rumit
so
better kita happy2 kan
tapi bukan bermakna tidak mengambil berat
cuma tidak keterlaluan
huhuhu

n aku memang suka simple
makanan pown yang biasa2 saja
tak perlu terlalu complex
asal kenyang cukup la 2
alhamdulillah
yang penting mak aku masih setia memasak untuk kami
hehe

dari segi pakaian pown
kalau boleh lebih ringkas lebih bagus
lebih selesa
tidak terlalu menjadi tumpuan
hohohoho

*tapi pasal blog nie simple tak berhias
sebab dulu ade orang tolong hiaskan
sekarang dah tak boleh kot
keadaan dah lain
huhuhu
tapi yang penting nye aku sendiri malas sebenarnya
hehehe
n tak berapa pandai bab2 multimedia nie...
huhuhuhuhu
tak kreatif sangat laaa
huuuuuu

itu sahajalah point2 untuk tajuk ini...
sapa2 nak tmabah dialu2kan....hehe...=)
salam.................

Saturday 3 March 2012

survey camping site

salam......
harap semua baik2 sahaja...*even rasanya aku sorang2 jek kat sini..
harap tiada yang terjumpa dengan blog aku nie..
nak jadikan tempat luahan hati yang aku rasa biarlah aku dan Dia jek yang tahu..
mesti orang cakap simpan jela dalam hati tue..insya Allah Dia dengar..
namun, saya jenis suka menzahirkan perasaan di hati kecil ini...

tepat pukul 8.30 pagi aku berserta kawan2 sekelas bertolak dengan menumpang kereta mira ali (kawan aku jugak)
hajat nak pergi Ulu Yam nak survey resort2 kat sana..nak buat camping nanti..
bulan 5 nanti..kami2 yang kena handle..dan aku selaku exco program kenalah pergi tinjau juga tempat program kan..
turut serta adalah pengarah (fadir), timbalan pengarah (yun), exco cenderamta (mira) dan exco perhubungan (nazmi) selaku driver juga...hehe..
konon nak jenguk2 tempat2 menarik laa..
tup2 lepas pergi satu campsite nie..
yun ajak pergi Sg. Sendat...katanya tempat tue cantik...
pergi2 rupanya kawasan perkelahan air terjun...
loohhh!!!!!diowang nak mandi keee?????aish....
memang lah dah bawak baju
tapi plan asal nak test aktiviti 'river trailing' kat woods resort 2...
tapi tak pelahh...
maka bermandi2 lah kami berlima tadi...
lepas dah habis mandi 2,barulah pergi cari makan tengah hari then solat...
then konon nak cari lagi tempat lain..
naik punya naik..
last2 pergi Genting kot!!!hohoho
siap nampak kereta kabel lagi...
hua3
tapi kitowang buat u-turn jek..
then pergi woods resort jugak
n decide book tarikh kat situ jelah..
paling mudah dan murah..
hehee

so begitulah kisah travel saya pada hari ini......
seharian juga berjalan nie...
balik2 dah pening..jalan terhuyung hayang...hohoho
mengantuk tak payah cakap lah...
heh3

k lah,sekian untuk kali ini...=)
salam...........

Friday 2 March 2012

new entry

salam !!!

yeahh,ini entry baru saya, for the 1st time on this wall of my new blog...
dulu dah pernah buat blog,tapi it was deleted atas sebab2 tertentu..
macam sedih jugak laa,tapi takpe laa..
ade hikmahnya...

why i choose 'hati kecil' sebagai nama blog saya ea??
entah laa..
macam comey jek nama 2..
ala2 tuan die yang sedang menaip nie...hua3..
n saya harap tiada yang sudi nak membaca apatah lagi nak follow blog buruk nie...
hohoho
one of the reason is i love to express all my feeling but feel fear if there someone read my story...
pelik benor laaa kau nie....huhuhuhu

well,itu sahaja untuk permulaan ini...hope will have some other times to post a new entry...hehe
bye2 n salam!!!!