Saturday 29 September 2012

insan terpilih

salam

selalu orang cakap dah orang pilih kau
kan2???
ayat cmnie slalu keluar time kita dapat jawatan
yg tak disangka2 laa terutamanya
tapi kalau jawatan tu agak besar
n bila kita macam nak tak nak jek pegang jawatan 2
bukan ape
sebab besar sangat
seiring laa ngan tanggungjawabnyee
takot tak tergalas jek

pastu mula la kawan2 konon bagi sokongan laa kan
hahaah
tapi selalunye menjadi laa gak sokongan diowg 2
terasa bersemangat pulak
hahaha
ayat femes nye
'kalau bukan ko,sape lagi yg nak buat?'
tak pown
'kau yg pling layak laaa'
tak kurang jugak yg ayat atas tadi 2
hahaha
insan terpilih
hehehehhee
wat everr
heeeeeeeeeeeee
oraitlaaa
2 jekk
dah sakit pinggang duk menaip
even macam takde kaitan jek
tapi nasiblaaa kome
hahahhaa
ape laa melalut nie
aishhhhhhh
ok
daaaa
salam=)

indahnya wanita

salam
post aku hari nie agak bersifat berat sebelah
ea??
nooo
just sebab aku perempuan
then aku ceritalah berkenaan perempuan
jika dicerita tentang lelaki
kaum adam dan keistimewaan mereka
pasti ada yg pelik
'macam mana kau tahu serba serbi mengenai mereka alyaa?'
based on reading maybe
but perihal wanita nie pown aku tahu dari pembacaan aku
dari sebuah buku islamic
berjudul 'Ciri2 Wanita yg Membawa ke Syurga'
karangan Jaafar Salleh
*tak habis baca lagi sebenarnya
=P

perempuan berasal dari nenda kita,iaitu Hawa
dicipta dari tulang rusuk Nabi Adam a.s
bagi tujuan menjadi teman setia pengubat kesunyian Adam
sifatnya bengkok persis tulang rusuk manusia
oleh itu ada kata2 berbunyi,'pimpinlah wanita itu dengan lembut,jangan berkasar kerana ia mudah patah,jika dibiarkan ia akan terus bengkok selamanya,maka berlembutlah'
perempuan dicipta lebih lemah dari kaum adam
baik dari segi tenaga fizikal
pemikiran dan perasaan
lebih lembut dan halus
kami juga dicipta oleh-Nya dengan 1 akal dan 9 nafsu
berbanding lelaki yg mempunyai 1 nafsu dan 9 akal
oleh kerana itu diwajibkan bagi kaum lelaki untuk mendidik wanita
dijadikan dan diberi kuasa seorang pemimpin kepada mereka
sebaliknya wanita sebagai pendokong dari belakang
sperti kata2 sebahagian mereka,'di sebalik kejayaan seorang lelaki,ada seorang wanita'

wanita juga pencorak masa depan
dari rahim nya datang dan lahir generasi masa depan
kata hukamak,
'wanita adalah tunggak negara.jika mereka rosak,maka rosaklah negara.
jika mereka baik maka baiklah sesebuah negara itu.'
wanita juga punca segala fitnah
terutama bagi lelaki yg lemah imannya

namun begitu
wanita juga bisa tampil bijak dan matang
jika dialasi dengan syariat Islam
malah datangnya Islam membebaskan perempuan dari belenggu jahiliyah
yg mana mereka menindas kaum wanita
hanya dijadikan hamba seks dan hamba abdi
malah turut dibunuh anak perempuan
kerana bagi mereka amatlah malu memilikinya

dunia sekarang
semakin ramai wanita yg tampil berjaya
dalam pelbagai bidang
namun begitu
masih juga dengan kelemahan kita
hanya lelaki yg bisa memimpin
kerana itu tanggungjawab mereka
barangsiapa yg mengabaikannya
kelak disoal di akhirat
kerana ia adalah amanah
*yg penting perempuan tak sesuai memerintah
emosi melebihi kewarasan pemikiran
sebab tue ketua keluarga hanya di bahu lelaki
dan kuasa talak hanya pada kaum adam

teringat pulak time ustazah sekolah ajar hukum talak n rujuk
bab perkahwinan dalam pendidikan islam
hehee
'kalaulah perempuan ada kuasa jatuh talak,
mau setiap hari jatuh talak 2,then esok lusa rujuk semula..!!'
hahahahahaha
betol3....mulut nie senang jek membuat keputusan
esok or lusa baru nak fikir balik
time 2 kalau dah terlajak
baru lah nak menyesal
uish3

sekian sahaja sedikit hal berkenaan satu makhluk Allah nie
heheehehe
hanya lah ilmu umum yg kalau tak silap
semua pown sedia maklum kot hal2 nie
hehehe
takpelaaaaa
sje nak bagi penuh entry blog
hua3
n mengisi masa terluang
*errrrr,tak terluang kot,tapi sje buat2 terluang....heeeeeeeee=P

orait.....till next post
salam=)

bukan tak sempurna

salam

'tiada manusia dilahirkan dalam keadaan sempurna'

ye..saya mengakui kata2 di atas
kerana yg Maha Sempurna hanya Allah Yg Esa
tiada yg lain
apatah lagi tiada manusia yg tiada dosa
kecuali Rasulullah yg sifatnya maksum
suci dari segala dosa

namun bagi ku
diri aku
bukan setakat tidak sempurna
malah lebih buruk lagi
usah dipandang aku lagi
kerana semakin kau mengenali ku
makin kelihatan segala keburukanku
sememangnya aku tidak akan tahu
apa yg dinilai orang sekelilingku
namun untuk berpatah balik
menjadi orang yg tidak dikenali
adalah mustahil bagi ku
mengenangkan jawatan berserta tanggungjawab aku
di kelas terutamanya
tidak memungkinkan semua itu berlaku
kadang2 jeles dan iri dengan mereka
yg masih mampu mengekalkan
kelemahan mereka agar tidak terlalu kelihatan di mata insan lain

bukan tidak sempurna
namun sangat tidak sempurna
tidak hairanlah andai ada yg tidak suka
tapi....
'biarkan mereka tidak menyukaimu,
kerana kamu hidup bukan untuk menarik hati orang lain,
yg penting hanyalah Allah...'
antara kata2 yg sentiasa terpapar di home FB aku
sedikit sebanyak menyentuh hati kecil ini

aku ingin diam
tidak terlalu riuh
namun bila ak berbuat yg demikian
kawan2 akan mengatakan aku moody
bad mood
mood swing
n so on
hanya Engkau yg Maha Mengetahui
namun hubungan sesama manusia harus dijaga
oleh sebab tidak mahu ada sebarang pertelingkahan
dan sebarang buruk sangka apatah lagi fitnah
tidak mahu melukakan hati para sahabat tersayang
maka ak riuhkan jua diriku
harap2 mereka yg lain turut memahami

terlalu riuh dikatakan gedik n bising
terlalu senyap dikatakan sombong or tension
oleh itu
bersedehanalah wahai sahabat sekalian
itulah sebaik2 amalan

ingatlah
hubungan dengan Allah wajib dijaga
hubungan sesama manusia juga dituntut dalam Islam
barulah sempurna iman kita..
=)

kini aku faham~~~

salam
jam dah menunjuk jam pukul 5pagi
inilah akibat ambik caffein petang tadi
kuatnya effect
huh
itupown nasib baik share ngan kawan2
kalau habis ditelan satu plastik mau effect sampai 2 hari
ish3
kat rumah jarang2 aku minum
kat sini jek terpaksa
kalau tak memang laaa tak terjenguk nota2 nie
huhuhu

entah kenapa malam nie
terasa nak jenguk ruangan sosial 2
FB laaaa,ape lagi
hehe
then hati bagai tertarik2
untuk membaca post2 rakan2 di fb
tak kira laa ada yg post ayat sendiri
atau share post orang lain
or application ke
juga ada entry blog
semuanya aku baca
hmmmmmm

kini ak paham
rupanya Allah ingin memberi satu petunjuk kepada persoalan
yg sering berlegar di kepala ku
akhirnya terjawab
dan lega rasanya
lapang hati ini
tiada lagi sebarang keraguan
sungguh hebat kuasa-Mu Ya Allah
subahanallah

kini aku paham
apa yang telah Engkau aturkan buatku
semuanya ada hikmah yg tak ternilai buatku
memang segala sesuatu adalah rahsia-Mu
termasuk soal jodoh
jodoh itu rahsia Allah
biarkan ia kekal menjadi rahsia
agar lebih teratur kehidupan kita di dunia yg sementara ini

masuk semester baru ak ada azam baru
iaitu untuk tidak membicarakan lagi
apa2 perihal soal cinta
ingin dibiarkan sahaja hati
asal tak mati cukuplah
namun aku sedar cinta itu fitrah
iaitu cinta kepada Allah
mungkin aku menjadi semakin jauh dari-Nya
apabila cinta dia mula memenuhi ruang hati ku
maka Dia menarik rasa itu
untuk ada ruang bagi-Nya lagi
seperti dahulu
lumrah alam
Allah pown ada cemburu-Nya
sebab Dia sayangkan kita

kalau boleh kat fb or twitter or blog nie
takmau dah ungkit hal2 nie
tapi ternyata aku kadang2 mudah terpengaruh
dengan hasutan syaitan
tewas lagi ak dengan kehendak hati
kenapa???
kerana aku manusia biasa
yg tak terlepas dari berbuat maksiat
dan kelalaian
ampunkan aku Ya Allah
=(

'jika Allah berkehendakkan aku untuk terus berada di dalam penjara ini,
aku rela andai itu akan membuatkan aku lebih dekat dengan-Nya....'
salah satu dialog dari filem Ayat-Ayat Cinta
katanya,itu antara kata2 Nabi Yusoff a.s apabila dipenjara
dituduh memperkosa Zulaikha
hebat sungguh imannya
memang lah jauh nak dibanding dengan kita
kerana Nabi adalah Nabi
suruhan Allah
kita hamba biasa sepatutnya lebih
ambil contoh dari Nabi2 kita
ketabahan mereka mengajar kita

cuma bila ditelek dialog tadi
ak sekadar terfikir
nak relate dengan suasana keadaan ak
jika ini yg ditakdir agar aku lebih dekat dengan-Nya
maka aku lebih gembira
bahagia dan lapang
dari dekat namun ak jauh dari rahmat-Nya
tiada cinta yg halal selain antara suami isteri
anak dan ibu n ayah
sesama adik beradik
keluarga sedara mara
guru dan anak murid
yg paling agung adalah cinta Allah dan Rasul
so mana pulak datang term couple nie??
itulah anasir negative dari Barat
untuk menyesatkan lagi anak2 adam
termasuk aku yg hampir2 kecundang
tewas dengan pujuk rayu syaitan
untuk memenangkan cinta di hati
terhadap seorang lelaki yg ajnabi
halal bagiku berkahwin dengannya
astaghfirullah......

cinta itu fitrah
namun harus berlandas syariat
hanya melalui perkahwinan
maka timbullah cinta itu
sebelum ada perkahwinan
tiadalah cinta itu
ak bersyukur Engkau mempermudahkan bagiku
dan mengembalikan aku ke pangkuan-Mu
lebih awal
sebelum lebih parah

tidak lupa juga 
aku berterima kasih juga kepada kamu
yg juga diberi petunjuk dari-Nya
kerana Dia sayangkan kita
tidak mahu kita lebih membuat maksiat kepada-Nya
insya Allah Dia sentiasa ada
untuk guide kita
jaga kita
di tempat masing2
moga hidup kamu sentiasa diberkati
bahagia dunia akhirat
*seolah2 kamu sedang membaca semua ini
huhuhuhuhuhu

namun jika tidak
Allah kan ada
akan disampaikan kepadamu
walau apa cara sekali pown
insya Allah
=)

cukuplah Allah di hatiku~~~~~~~~~~~~

perihal wanita bertudung labuh

salam
dunia hari nie makin bertambah kan dengan perempuan2 bertudung labuh
tiap2 hari ada jek yg baru nak berjinak dengan penampilan nie
penampilan yg sudah wujud sekian lama dulu
namun masih lagi kekal sehingga ke dunia moden ini
even sudah lama fesyen ini berada dalam kalangan kita
tidak pernah sekali dianggap ketinggalan zaman
kalau nak dibandingkan dengan gaya bertudung yg lain
dunia fesyen sekarang semakin berkembang maju
seiring dengan berkembangnya dunia di luar sana
sehinggakan jika ada yg masih bertudung mengikut fesyen dahulu
seperti zaman2 ibu bapa kita
yg hanya pin di dagu
then ikat bahagian bawah tudung nye
takde simpang2 ke kiri kanan bahu
mesti kita panggil die ketingalan zaman
kelihatan janggal semacam
terutama jika yg memakai 2 dalam kalangan remaja

lain pulak cerita berkenaan tudung labuh nie
orang tua or muda
tiada istilah ketinggalan zaman
malah tiada beza cara pemakaian antara remaja,dewasa dan golongan veteran
seolah semuanya sama
tak nampak pelik pown
hanya mereka yg masih buta ilmu akhirat sahaja yg menggelar
tudung labuh 2 kolot
pakai baju besar2 itu rimas
makin labuh baju n tudung makin panas

bagi aku selaku yg sehingga hari ini masih kekal bertudung labuh
tidak pernah berasa panas apatah lagi rimas
malah perasaan sejuk dan selamat
aman dan tenteram bila memakai yg sebegitu
seolah2 tiada ruang pada tubuh badan kita yg terdedah kepada mereka yg haram melihat
terutama kaum adam
bukan salah mereka jika memandang yg sedia terdedah di depan mata
lumrah nya begitu
lelaki akan mudah tertarik dengan tubuh badan perempuan
mereka suka memandang dan memerhati
ada perempuan yg suka menjadi perhatian lelaki
so tak pelik laa makin ramai juga yg suka mendedah badan mereka
seolah2 berlumba bilangan dua golongan ini
antara yg makin labuh pakaiannya
dan yg makin singkat pakaiannya
maka beruntunglaa mereka yg setiap hari semakin labuh
semakin menutup
cerita silam kita tutup dan buka buku baru
usah diungkit lagi buat teman2 yg sedia untuk berubah
Allah menyambutmu dengan tangan yg terbuka
cuma ujian dari Dia turut sama mengekor
bukan kerana Dia mahu membuangmu sekali lagi
hanya ingin menguji mu
kerana DIa sayangkan kita
analogi nya macam orang bercinta la
andai ada orang meluah perasaan kat kita
kita pown sayang kat dia
tapi kadang2 kita suka buat hal2 yg menguji kesabaran die
just nak uji cinta dia untuk kita
betul2 utuh ke
atau just sekejap jek perasaan tu
begitu laa Allah
beruntungla mereka yg telah mendpat hidayah-Nya
dapat merasai cinta-Nya
alhamdulillah,,,,,,,,

namun pakai tudung labuh bukanlah brmakna die tahu segalanya tentang hukum agama
masih ada banyak kekurangannya
Allah sahaja yg mengetahui
cuma die maybe selamat dari panahan mata2 nakal
dan terlindung dari perkara2 yg menjurus kepada maksiat
insya Allah
bimbang juga timbul perasaan takbur dan sombong
disebabkan pemakaian yg dirasa sangat sempurna dibanding ngan orang lain
ikhlas itu sangat tersembunyi
ibarat semut hitam berjalan di atas batu hitam pada waktu malam
begitu terlindung
subhanallah................

ok laaaa
sekian sahaja nota dari hati kecil perihal tudung labuh..
pasal nie boleh laa nak hurai panjang sikit
sebab memang aku sendiri yg mengamalkan
kalau bab lain
wallahualam......
=)
salam

Friday 28 September 2012

sebuah hati

salam
selamat pagi semua!!!
errrrrr jap2
jam macam dah dekat pukul 12
so selamat tengah hari laaaa
heheehhe

jarang2 aku nak menaip n mengerah otak time2 macam nie
yelaaa
biasanya time nie ak akan bersiap nak turun ke kafe
makan ngan kawan2
tapiiiiiiiiiiii
hari nie macam lambat sikit kot
sebab tak ada kawan
huhuhuhuhuhu
tapi relax laaaa alyaa
dulu time matrik pown boleh jek kan makan sorang2
bawak diri ke mana2 sendiri jugak
ape lah nak heran sangat
kan3???

ape kaitan laa tajuk post ak ngan bab makan2 nie
aishhhhh
dusssshhhhhhh
penangan krana melalut sekali lagi
ada apa dalam sebuah hati
kenapa hati ni yg selalu disebut orang
hati itu
hati ini
semuanya berkenaan hati
kenapa xde pulak nak sebut pasal jantung kee
limpa keee
paru2 keeee
semua organ penting gak kan
hahhaa

tapi hati jek satu2 nye organ yg ada kaitan ngan perasaan
sesuatu yg kita memang takley nak nampak
sangat halus
semuanya berpunca dari hati
baik buruk hati
itulah penentu karakter seseorang

hati nie mudah sangat rapuh kan
terutama bagi makhluk bernama perempuan nie
mudah jek nak patah hati
nak terasa bagai
sentap n sebak semua laaaa
awatlaaaaa macam 2 kan
aishhhhh
ibaratnya even terluka sikit pown
beberapa hari mau terubat
ish3
rumit betol hati seorang perempuan
bab terasa takyah nak cakap laaa
cepat jek
kadang2 time2 ngan happy pown bley tiba2 terasa
even tahu mende 2 gurauan
tapi hati nie mendahului otak
aishhhh
2 la otak selalu sangat mengalah ngan hati
betapa hebat kuasa si hati nie

tapi kalau bagi aku laaaa
ada mende logik nak terasa
ada mende tak logik
dah namanya tak logik 2
tak payah laa nak pendam n duk ingat sangat mende 2
kadang2 manusia biasa kan
of kos la tak perfect
common laa kalau2 terlepas cakap
or terlepas pandang bab2 yg kadang2 bagi kita jek isu sensitif
ini lah guna bersangka baik 2
dalam segenap hal dalam kehidupan kita nie
kalau boleh sentiasa lah bersangka baik
n berfikiran positif
then barulah hidup kita pown aman dan tenteram
bahagia selamanyaaaaaa=)

so tak payah nak fikir complicated sangat la kan
take it simple as possible
hehee
tapi janganlah simple sangat
terutama bab perasaan orang lain
hati sendiri pandailah nak ubat sendiri
tapi hati orang lain??
dibuatnya orang 2 berdendam ngan kita
sampai mati dia tak maafkan
haaaaa,nak wat cne 2???
huhuhuhuhuhu
hubungan ngan Allah kena jaga
but hubungan sesama manusia juga perlu laah baik
barulah lengkap iman kita

orait...dah panjang sangat
perut dah berkeroncong dah nie
tapi nak tunggu fatin n ecah datang dulu
makan sama2
nampak gaya nya memang ak tak boleh da nak makan sorang2 nie
hhehehehee
sambil tunggu smbil nak memikir idea untuk post seterusnya
nak study memang tak la time2 lapar nie kan
heheheehehe
orait
till then
salam=)

luv them

salam
sekarang saya berada di tahun ketiga
bermakna sudah tiga tahun saya belajar di sini
menuntut ilmu dalam bidang farmasi
tapi bukan itu sahaja
selain dari ilmu pendidikan formal
banyak lagi ilmu yg saya peroleh secara tidak langsung
sama ada dari pergaulan dengan orang sekeliling
atau bila saya join aktiviti2
memegang apa2 jawatan
mengendalikan sesuatu program
semuanya ilmu
bagi saya semuanya baru
dan bila dikumpulkan ia akan membentuk satu pengalaman yg sangat berharga
yg saya tahu tidak dapat dibeli di mana2

selain itu
hubungan akrab persahabatan
juga tidak dapat dicari di sebarangan tempat
even dalam kuliah lecturer tak akan ajar semua tue
cara kita menjaga hubungan dengan kawan2
memelihara hubungan sesama manusia
bagaimana kita sentiasa ada toleransi dalam setiap hal

n sekarang!
saya ada satu group
semuanya dalam 7-8 orang
nie pown sebab kadang2 ada yg ada all the time
ada yg tak selalu available nak join segala aktiviti kami
nak2 bila faktor tempat tinggal sekarang punca besar perpisahan kami
gaya macam tak jumpa langsung jek
padahal dalam kelas pown duk sembang gak
cuma jarang laa lepak mcam dulu kala 2
dah tak buat air teh laaaaaa
huhuhuhuhu

tapi kami nie
nama jek pown duk jauh2
tapi still lepak sama2
mcam petang tadi
plan tiba2 nak pi makan kat luar
restoran Ship
haha
n sume setuju pulak 2
ape lagi
habis jek IPL kul 4 tadi
berangkat lah kami beramai2 ke K5
lepak2 jap kat blik fatin
sementara tunggu restoran 2 bukak
sambil makan keropok ecah
pisang goreng iffah
n cekodok aku
semua nya beli laa kan
nak masak sendiri
errrrrrrrrrr
the main question is 'sempat ke'??
n rajin ke??hahaha
dah laa penat memerah otak tadi

ala2 tea time la kan petang2 makan2 sambil minum air teh
even kat K5 still ak jugak jadi tuan rumah
layan jelaaaa kan kawan2 oooiii
hahahahaa
macam layan adik2 dah aku nie
ke anak???
errrrrrrkkkkkkkk
layak ke nak ada anak kot ye pown alyaa oiiii
hahahaha
tak habis2
habis satu kuar satu ag gosip tadi kan
takley bla ngan aku2 pown terkena
memang laaaaaa diowg nie
hahaha
tapi ak happy jek
sebab ak suka suasana macam 2
riuh2
gelak2 ketawa
gurau senda
harap2 kekal laa persahaban kami nie
insya Allah

satu lagi hal yg wat ak happy sangat2
esok CUTI!!!!!!
gaya macam dah lama sangat jek kan tak jumpa cuti
baru tiga minggu start kelas
NPSC pown baru nak start beroperasi
tapi penat mengalahkan ape jek
2 yg excited sngat jumpa cuti nie
hehehehehehehehehe
nak manfaat betol2 weekend kali nie
nak lepak kat bilik jekkkk
kuar pown makan kat kafe jelaaa
boley percaya ke???
hahaha
insya Allah
kena jimat2 duit nieeeee
JPA bulan 11 baru masuk kot
aishhhhhhh

ok laaaa
mata dah berat macam ada 10 kg beban atas kelopak mata
nak kata tak tidur
maybe tak cukup kot
plus penat plak
huhuhuhuhuhu
orait
till the next post
salam=)

Tuesday 25 September 2012

family oh family~~~

salam
tadi macam ada org cakap
'nie last post untk malam nie'
nie ape plak tetibe muncul satu ag post nie????
hahahahah
manusia hanya merancang
Allah yg tentukan semuanya..
hua3
boleh pulak aplikasi hal 2 kat snie
sudah2
main2 jek taw
kang ada pulak yg slah maksud
takde niat nak main2 ngan hukum Allah
tak expect pown ada org baca
tapi kot la ada kan
sebab baru jek tukar setting tadi
heh3

saya anak sulung
so what???
orang lain berlambak lagi anak sulung laaaaa
tak heran ngan status 2
huhuhuhu
ak pown tak rasa special sangat pown
malah aku tak rasa ak layak ngan kedudukan 2
tak sesuai ngan watak kot
even kawan2 pown macam ramai tak percaya
'kau anak sulung alyaa'???
=.='
dah dua tahun kenal kot
hahaha
watever laaaa
kat u nie kita jarang nak ingat kot pasal kengkawan kita
pasal family diowg
sebab ramai sangat
yg tahu sikit2 pown bila dah betul2 rapat
n satu ag tak sempat sangat nak jadi penyelidik family orang
sebab masalah nie makin bertambah bila kita makin menginjak dewasa
waaaaaaa
ayat!!!
sastera kottttt
sejak bila alyaa ooiiii
jadi sasterawati pulak
errkkkkkk...nak tercekik
sains nie pown terkedek kedek lagi
adeihhhhh

family aku macam family orang lain
normal
janganlah disangka aku bertudung labuh
maka semua ahli keluarga aku alim2 belaka
even mak aku baru berjinak ngan tudung labuh
kami mendahului mak
itu pown sebab sekolah memang wajibkan pemakaian tudung labuh 2
tapi tak rasa terpaksa pown pakai
sebab sejak darjah satu dah bertudung
dah biasa
tapi pendek laa kan time sekolah rendah 2
then masuk form 1 start tudung labuh
rasa nya muda lagi kot
mentah lagi kalau nak memberontak pown
so sebab 2 laa macam redha jek mak ayah suruh masuk sekolah agama 2
kata mereka,'nati boleh jadi macam maksu'...
time 2 maksu aku jela yg aku nampak
umor pown tak jauh beza
sebab flow dia belajar macam cantik
dari sekolah,masuk kolej then uia...
so ak fikir masuk sekolah nie aku boleh la berjaya
n ikot jejak langkah maksu aku
pemikiran budak2 sekolah rendah kan
siap kena gi interview bagai sekolah nie
tapi diturutkan jua
*maybe sifat menurut cakap orang tua yg ayah aku ada sedikit sebanyak aku warisi kot
heh3
nasib laa interview kena baca tulisan jawi n mengaji
bukan lah ak pro,tapi at least aku yakin aku boleh buat
takde lah gagap2 kan
time 2 dah khatam quran
dan alhamdulillah sangat2
kami adik beradik macam senang skit mengenal huruf al-quran
berkat kesabaran nenek kami mengajar kot
siap atuk kami pegang rotan ag kot kalau kami wat alasan takmo ngaji
dulu memang lah rasa seksa jek
nak marah pown ada
tapi sekarang baru sedar
banyak sangat kebaikan atuk nenek buat macam 2
dah tua2 nie baru nampak semua hikmah 2
tinggal adik bongsu 2 jek tak khatam2 ag
aishhhh
bila masuk bab laki nie kan
memang laaaaaa
malas 2 no satu
banyak dalih pulak 2!
lega lah ayah aku
lepas satu beban tanggungjawab dia
at least even bukan ayah yg ajar pown
tapi kesabaran ayah sanggup duduk ngan ayah mak mertua
kami dapat belajar mengaji free
dah laa free
berkat pulak 2
sekarang kami pulak tiga beradik ajar sepupu2 kami
alhamdulillah
Engkau permudahkan bagi kami
segala pujian aku pulangkan hanya kepada-Mu....

sooo.....
family aku nie biasa2 jek
*dari tadi ayat nie
p2 melalut cerita mende lain pulak
hahahaha
mau tak panjang satu entry aku
heh3...
even makcik2 aku pown biasa2 jek
tiada yg perfect kan dalam dunia nie
namun ak mohon dikurniakan jodoh yg mampu membimbing aku
ke jalan-Mu
menuju al-jannah yg hakiki
amiinnn~~~~~

dan bila dikatakn family aku macam family orang lain
ada lah masalah juge
baru2 nie adik aku mengadu
ada problem kat rumah
aku taw adik aku takkan mengadu
sampai nak tepon bagai
kecuali die tak taw nak cakap kat sape dah
ngah sedey sangat laa 2
berat gak beban adik ak sorang nie
kalau aku pown mesti aku tak mampu
~maaflah kakngah
saya bukan tak peduli
cuma kat sini agak buzy sikit
huhuhuhu
insya Allah
Allah uji sebab Dia tahu awak kuat
mampu tanggung segala beban 2
setakat menguji ketabahan kita
tapi 2 lah
nak pujuk or cakap panjang2
terhad la sikit
nanti balik rumah kita try la settle
huhuhuhuhuhu

*tak pasal2 bermonolog plak kat sini
bajet adik kau boleh baca ke alyaa???
dia mana ada blog lerrrrr
adoiiiii
ape laaaaa wehhh
siyes kepala agak biul
sangat larut malam yeeeeeeeee
harap maklum~~~~~
=P

tapi kebahagian itu terletak kepada family jugak
pandang muka mak,ayah,adik2
semua masalah terasa hilang serta merta
terbang melayang entah ke mana
terasa sokongan dari mereka mengatasi segala beban 2
agak pelik laaa kan kalau ada orang sanggup buang family tercinta demi cinta
huhuhuhuhuhu
dan mereka yg sanggup lari dari rumah laaaa
memberontak laa konon
nak kata besar dah pndai jaga diri
aku yg dah masuk alam dewasa nie pown still takot nak keluar rumah sesuka hati
kat sini pown nak keluar mana kena berteman
kalau kes lari rumah 2
nak lari ke mana sangat pown
cetek sangat laa pemikiran adik2 oooii
last2 kembali kepada family jugak
sebab last2 baru sedar yg duduk ngan family jek selamat kan
uhuhuhuhuhu
masalah takkan settle kalau kita lari
tapi akan selesai dan lega bila kita hadapi semuanya
hadapi dengan berani
Allah kan ada
Dia takkan biar hamba-Nya nie terkapai2 jek
dengan syarat kena lah beriman ngan segala suruhan dan hindari larangan-Nya
so being brave
go on
face all ur problems
tell them
u have a very2 BIG Allah........
they are too small to HIM.......=)
orait????

sebenarnya nie banyak nak nasihat diri sendiri
hahahahaha
nak meredakan perasaan sendiri
hati ngan gundah gulana nieeeeee
huhuhuhuhuhu
andai kata takmo fikir
adakah bermakna aku ingin lari dari masalah jugak??
kalau yeeee
tak salah la kan aku berfikir...
cuma jangan lebih kot
hahahahaahha
masalah laa perempuan nie
complicated sangat
betollah kalau ada laki cakap
'women is the most complicated creatures He had created'
mudah emo
mudah menangis
pastu tiba2 boleh gelak2 pulak
cepat jek sejuk kalau pas melenting
hahahahahaha
itulah perempuan
OR itulah alyaa madihah ahmad tamezi??
heh3....
siapa yg tahu 2 paham2 jela...heheehhee
orait then....asenye pasnie takde dah kot post
untuk malam nie laaaa
dah over nie......
hehe
salam=)

wanita dan fitnah~~

salam
malam nie tetiba banyak pulak idea nak menulis
yesss sekali lagi diakui
'kawan' sekor nie sedang menjalankan tugas die kot
saje tak bagi aku study!!!!!
tapi takpelaaaa
hua3
kejap jek kot
pasnie aku bukak laa nota
hishhhhh
CVT dah menjeling2 jari aku yg laju jek bila menaip mende2 nie kan
jeles leettewwww!!!
apelaaaa melalut kau nie alyaa wehhhh
dah la cakap sorang2
errrkkkk....
maybe symptom of..........
takmo cakap!

berbalik kepada tajuk di atas
wanita adalah satu makhluk ciptaan Allah yg memang sangat berkait rapat ngan fitnah
senjata paling berbisa yg mampu merosakkan ummah sejagat
dan sekarng aku dah nampak banyak kejadian dalam hidup aku sndiri
terutama fitnah yg berkait ngan satu lagi makhluk Dia
LELAKI........
perempuan dan lelaki ibarat magnet yg berlainan kutub la kot
tak pown macam eletrical charge 2
ada positive n negative kan
kalo lain2 charge akan menarik
kalo sama charge akan menolak
macam manusia laaaa
lumrah nya perempuan tertarik kepada kaum adam laa
dan begitu lah sebaliknya
KALAu laaa ada yg tertarik sesama jenis
2 no komen
teettttttttt
not included in this topic of discussion okay~~~~

bila tertarik 2 means???
suka laa kan
bila suka sentiasa nak berdamping kot
kalau bukan di alam realiti
maybe di alam maya
yelaa kot
aku pown takde laa pro sangat
orang tak pernah bercinta kannnnnn
=.='
so bila sahaja dicampakkan perasaan tu
ada laa sekor kawan kita nie akan datang
menjalankan tanggungjawabnye buat sekian kali nya
hailoohhhh
dari situ lah datangnye sejenis senjata yg agak sukar kita nak kawal nie
~FITNAH~
mampu merosakkn jiwa manusia yg lemah
meruntuhkan iman
menghancurkan akal waras seseorang
betapa dasyat nyaaa senjata nie kan
huhuhuhuhuhu

kadang2 kita tak perasan pown
tapi orang sekeliling kan ada
jadi tukang memerhati
dunia nie kan ibarat pentas lakonan
orang sekeliling kita nie laa penonton nyaa
adat laa 2
dan persepsi kita dengan mereka tidak semestinya akan sama
bagi kita biasa2 jek pown
tapi pada pandangan mereka
lain pulak cerita nya
paling teruk bila fikiran yg 'lain' 2 cuba disampai2kan kepada pihak lain
yg ternyata tidak tahu menahu akan hal tersebut
just dengar
then terus percaya
sebulat-bulatnyaaa
maka terciptalah satu fitnah

namun bukanlah di sini ingin menyalahkan orang yg mereka cerita
orang yg menyebabkan cerita itu 'ter'-reka pown salah
mungkin......
pelakon tu sendiri pown boleh jadi bersalah
tersalah step kot
tersilap mentafsir scene yg patot dilakonkan 2
sebab 2 penonton pown salah interpret maksud kita
kan3???

masing punya silap
moga kita mendapat keampunan dari-Nya yg Maha Kuasa

sesungguhnya dalam hati kecil nie
tak pernah terlintas nak lukakan hati sesiapa
apatah lagi ingin bersaing
mahupun menjadi pemenang anugerah dapat gelaran 'perampas'
nauzubillah~~~
tidak ingin juga aku ungkit hal ini
namun dapat dirasakan aura pandangan mata yg kurang senang
bila difikir kan kembali
diikotkan ego
memang tak mahu mengalah
kerana difikirkan bukanlah salah aku
hanya menjalankan tugas seharian
yg memaksa aku untuk sentiasa dekat dengannya
tidak pernah aku pinta untuk menjadi yg sedemikian
andai aku tahu hal ini akan tercetus
dari awal lagi
demi Allah aku tidak akan sekali2 terfikir
untuk memulakan semua nie

aura pandangan kurang senang 2 dapat dirasa ke ceruk hati
maybe kerana tukang memandang 2 pown sejenis ngan aku
perempuan~~~~
aku tahu apa ada dalam hati dia
cool mana pown seorang perempuan
bila masuk bab nie
tipulah kalau dikatakan tiada sedikit pown perasaan lain timbul dalam hati
iaitu perasaan negative
insya Allah
setakat nie aku tak pernah berniat sebegitu
kerana cukup di hatiku
hanya Allah dan Rasul-Nya
sudah penuh
tak cukup ruang dah

~~tunjukkan di mana
ruang hatinya yg belum kau huni~~~~

haaa 2 diaaaaa
da start mood jiwang pulak
da lama tak datang mood nie
heh3
btw,lagu 2 dah jadi lagu fveret aku sekarang
sampai jadi ringtone fon aku kot
hahahaha
ape daaaa alyaa
character tak menggambarkan penampilan langsung
adoiiiiiii
orait laaa
dah larut malam
2 pasal skru kat otak pown macam longgar sikit kot
ala2 ting tong sikit malam nie
heh3
okay
undur diri dulu....
salam
=)

Tuesday 18 September 2012

beratnya Ya Allah~~

salam
hari nie terasa sangat2 tension
tak keterlaluan kan
kalau nak cakap nie sume sebab result short sem aku 2
huhuhuhuhu
after tengok result 2 laaa
terus tak boleh fikir pape
kepala rasa berat
dan!
yg paling tak tahan sakit belakang nie
menjadi2 pulak
hati aku makin tak sedap jek nie
aku tahu kemungkinan tersebut besar
banyak tanda2 dah nie
terutama sakit bahagian tulang belakang nie laa
mencucuk cucuk sangat
bisa sungguh
tapi kalau boleh aku nak nafikan laa
memang laa
manusia mana nak mengaku yg die mungkin ada 'pendamping'
nauzubillah......
aku cuba lah sedaya mungkin untuk hindar semua nie
insya Allah
Allah kan sentiasa ada untuk bantu aku
just tinggal aku kena mohon laaa kan
itu sudah semestinyaaaa
aku kena kuat!
aku kena lawan
aku ketua keluarga
aku tak boleh lemah demi mereka!
huhuhuhuhu
doakan aku berjaya harungi semua cobaan ini....
Ya Allah bantulah hamba-Mu yg lemah ini....
=)

National Pharmacy Sports Carnival UKM 2013: NPSC UKM 2013 Official Teaser Trailer

National Pharmacy Sports Carnival UKM 2013: NPSC UKM 2013 Official Teaser Trailer: This video has been created by our Head of Multimedia Secretariat, Amirul Rasyid Bin Ramli