Wednesday 28 November 2012

salah siapa?

salam
aku ingin bertanya pendapat rakan2 di sini
hal ini bukanlah hal aku
ada seorang sahabat
dia tersepit
antara dua pilihan

dia punya seorang pakcik
masih bujang sehingga sekarang
sejak kecil memang dia biasa bermain ngan pakcik nie
ada satu tabiat pakcik nie
iaitu suka mencium sama ada di pipi
leher n even mulut
kadang2 dirasakan rimas
namun cuba ditepis kerna pakcik sendiri
semakin dewasa
semakin difahami soal hubungan lelaki dan perempuan
sampai satu saat
pakciknya melampaui batas
namun janganlah disangka terlalu buruk
cuma ke tahap yg melampaui tindakan kasih sayang seorang pakcik
selepas saat itu
ada satu rasa ketakutan
untuk mendekati pakciknya itu
even sehingga sekarang
traumanya masih ada
even sudah hampir sepuluh tahun berlalu
mahu disalam tangan pown rasa tak gagah
mahu lari orang akan pandang pelik
sebab tidak diberitahu kepada sesiapa perkara tersebut
bimbang ibu n abahnya risau n terjadi perbalahan keluarga
jadi telah didiamkan perkara ini
dipendam sendirian
sehinggalah bertemu aku
dan diluahkan kepadaku
mungkin akibat sudah lama terpendam
bagai meletup seperti gunung berapi meletus
kesian...................

sekarang,dia tersepit
antara rasa trauma tersebut
dengan pandangan orang
pasti pakcik makcik lain akan pelik melihat tingkahnya
apatah lagi melihat sepupunya rapat ngan pakcik itu
sudah dicuba lupa akan hal itu
namun pasti tidak mampu
tidaklah terlalu ketara rasa takut itu
cuma bimbang akan meletus kebencian itu
huhuhuhuhuhuhu

bukan tidak mahu memaafkan
namun raya baru nie masih ada tabiat buruk pakciknya
cuma kali nie dicium pipinya di depan makcik lain
n ibunya sendiri
maybe orang lain lihat sebagai salah satu cara
pakcik lepaskan kerinduan kat anak sedara
huhuhuhuhuhuhuhuhu
dan sejak kejadian 10 tahun lalu
dia seolah trauma untuk dekat dengan lelaki
hanya memikirkan kemungkinan buruk
dan hampir dia membuat konklusi
bahawa semua lelaki sama
hampir bersangka buruk ngan semua orang
besar impactnya bukan?

so antara dua pilihan itu
yg mana harus diutamakan?
of kos la nak cakap kena lupakan
tapi bukan senang
itulah yg sering dikatakan kepadaku
huhuhuhuhuhuhuh
n aku sebagai seorang perempuan
hampir aku memahami perasaaanya
tapi adilkah bagi dia?
hanya dia tahu akan hal nie
tersepit ngan perasaan sendiri
dengan pandangan orang lain
huhuhuhuhuhuhuhuhu

alhamdulillah aku terhindar dari perkara sebegini Ya Allah
huhuhu
=(
salam

not a critical course??

salam
malam nie ada perjumpaan dengan pihak JPA bersama students UKM
di PPUKM
n maybe sebagai wakil setiap fakulti
beberapa orang kawan aku pergi ke sana
menyertai perjumpaan tersebut
demi untuk mengetahui apa masalah JPA
sehingga kini kami masih tidak didebitkan duit biasiswa kami
sudah ramai yg merana
sampai tak makan
huhuhuhuhuhu

then balik mereka membawa dua berita
esok masuk JPA!!!!!
yeay
itu sangat happy
alhamdulillah Ya Allah

tapi ade jugak berita sedih
yg buat kami semua tersentak
huhuhuhuhu
Farmasi bukan lagi bidang kritikal
apekah???
kata mereka kerana terlalu ramai yg belajar dalam kos ini
bukan setakat IPTA
namun turut di IPTS
tempat kerja sudah saturated
mungkin di saat kami ingin berkerja
perlu ada competition dalam kalangan kami sendiri
huhuhuhuhuhuhuhu

need to get prepared starting from now!!!
perrgghhh
semangat berkobar2 kot
hahahaahaha
haruslaaaaah
orait
so fokus alyaa!!!!
aim your future!
=)
salam
n selamat pagi=)

kesayuan ayah~~

salam........
baru2 nie aku dengar berita kematian ibu rakan ku
Al-Fatihah buat arwah......

tiba2 aku teringat hal lepas
di saat2 aku perlu hadapi kematian seseorang yg amat penting dalam hidupku
saat aku baru mula menjejakkan kaki ke dunia Universiti
hidup rasa terumbang ambing tika itu
namun atas berkat-Mu Ya Allah
Kau lembutkan hati keluarga ibuku
membantu kami dari sekecil2 hal hingga ke sebesar2 urusan
moga diberkati dan dirahmati hidup kamu semua
wan,ayahngah,makde,ayahchik,makandak,makteh n maksu
juga kepada keluarga mereka
semua nya menghulurkan pertolongan tanpa batasan
sungguh aku bersyukur dan terharu
=)

bali rumah baru2 nie
tiba2 mak bercerita tentang saat2 akhir ayahku
di mana kala itu mereka datang ke KTSN ini
demi menemui aku sejurus selepas tamat orientasi
kami keluar jalan2
after makan ayah hantar ke kolej
sebelum balik ayah peluk aku
seolah2 tidak akan bertemu lagi
sedangkan dalam bayangan aku
dalam dua tiga minggu lagi aku teringin nak balik
n boleh lah ayah aku hantar kembali ke sini
namun harapan tinggal harapan
............................

mak cakap,ayah ada cakap something selepas tinggalkan aku di kolej
saat kereta bergerak dan aku melambaikan tangan
'tengok 2,anak kita 2 dilah'
'kaklong nangis 2 kena tinggal kat sini'
sedangkan aku tak menangis pown
sebab dah biasa kat matrik
n terfikir kuantan dari kL dekat jek
mak cakap sebenarnya ayah yg nampak sayu
melihat aku buat kali terakhir
mungkin dah dirasai
..............................

'ayah bangga ngan kaklong,kaklong anak harapan keluarga kita'
ini kata2 ayah aku
time cuti after matrik
maybe lepas dapat result matrik or permohonan UKM
dapat aku lihat riak wajah ayah
sangat2 lain
even sedang kesuntukan wang
namun tiada riak risau
huhuhuhuhuhuhu

insya Allah
aku akan usaha
demi sebuah harapan
dari ayah
=)

dia adalah dia~~

salam
dingin terasa hingga menusuk tulang2 ku
angin malam2 lah katakan
kejap!
bukan malam dah nie
but sudah pagi duhai alyaa sayang~~~
huk3

sedang2 study tiba2 tak sedap hati
teringat kat kerja2 lain
such as report AF, urusan NPSC.....
bila study pown tak masuk sebab rasa serabut
debaran NPSC terutamanya makin terasa
plus OPKIM dibuat berdekatan dengan tarikh NPSC
lebih kurang seminggu jaraknya
mana nak dikejar nye aku nie
*bukan tamakkan jawatan ye
namun kerna ingin dipenuhkan HC aku dengan YAKIN
huhuuhuhuhuhu
n dulu tarikh program2 nie jauh
hmmmmmmm
let the pengarah settle it down laa kot

melayan2 kerja2 malam2 nie
buat aku teringat kat kata2 kawan aku nie
'kita takley paksa orang jadi seperti yg kita nak'
betul!
time dia cakap kat aku
memang diakui aku agak sentap
sebab baru aku sedar aku sedang buat begitu
terhadap seseorang
usahlah disebut siapa dia
yg penting dia jugalah orang yg mengutarakan ayat di atas kepadaku
~~~~~~~~

aku akui
aku yg salah
tapi bukanlah aku ingin ubah dia
cuma ingin melihat dia betul2 bahagia
n kami dah berdepan untuk menyelesaikan masalah nie
so dah settle sebenarnya
alhamdulillah Ya Allah
Kau permudahkan persahabatan kami
=)

mulai dari sekarang
aku adalah aku
dan dia adalah dia
no hipokrit
tiada lagi sebarang perselisihan akan hal nie
aku mula memahami keadaannya
sepertimana dia memahamiku
............

cuma perasaan ambil berat 2 terlalu banyak dalam diri aku kot
maaf andai buat kamu rimas
just because i care....=)
tapi better macam nie
lebih berlapang dada
insya Allah.........
=)

Monday 26 November 2012

baru ku mengerti

salam
petang tadi ada lab
penat sikit jek plus tak cukup tidur dari semalam
so mata aku jadi berat sangat2 yg amat
suasana petang tadi pulak menambahkan keberatan mata aku nie
hujan yang sangat lebat diselangi dengan petir2 dan guruh
dalam gerun2 aku redah jugak balik ke bilik dari kafe after beli makanan
balik2 ke bilik
solat asar jap then terus baring
duk balas2 message kawan sekejap
pastu terus tertidur
huhuhuhuhuhuhu
dah masuk magrib baru aku bangun
itu pown ada kawan kol
hua3
*dasyat benor anak dara=.='

dan ada something terjadi
disebabkan aku tidor tadi
huhuhuhuhu
ada orang terasa ngan aku
huhuhuhuhuhu

dan sebab hal itu
ada satu perasaan nie
iaitu sakit yg bercampur malu
after si 'dia' pi mention hal nie kat twitter
even tak directly mntion nama ak
tapi memang aku laa pown
sekarang aku faham perasaan itu
apabila ada orang bercakap belakang pasal kita
betul lah kata iffah
huuuuuuuuu

so pengajarannya
after nie kena ingat
learn from the experience
kalau hati sendiri sakit
imagine hati orang lain
sama jek kan rasanya
so,better avoid la lepas nie...
banyaknya dosa ak Ya Allah selama aku hidup
huhuhuhuhuhuhu

*aku memang takot ngan guruh laa
sebab 2 ak tak berani nak bukak ladtop!
teringin jek jari nie nk taip cmnie kat twitter
tapi....
tak payah la kot
malas nak cakap apa2 dah
bahkan takde mood langsung pown nk bukak twitter
huhuhuhuhuhuhu

bagus jugak...boleh bukak nota pasnie..hehe3
orait...on the way nak tutup ladtop dah....hehehe
salam..=)

Friday 23 November 2012

heaven~~

'HEAVEN IS A PLACE NEARBY'

phrase nie bukan aku jumpa di mana2 laman internet
or blog2 ayat2 jiwang or sastera bagai
aku mula2 tak pasan...
time beli takdelaa nak amik kisah sangat kan kata2 2
tapiiii apa2 jelaaa...

ayat nie ada seribu makna pada aku
seolah2 mengatakn syurga itu dekat jek ngan kita
tapi tak senang nak masuk
dekat tapi jauh
huhuhuhuhu
terutama bagi insan lemah macam kita nie
mudah sangat terjebak dengan perkara bukan2
apatah meninggalkan segala suruhan ALlah
konsep takwa entah ke mana
iman senipis kulit bawang
layak ke masuk syurga
namun harus ada tekad
untuk menuju ke sana
cita2 paling besar bagi semua ummat manusia
even orang kafir pown tak terkecuali
mereka tahu syurga itu ada
malah kalau tengok cerita hindustan kot
yg betol2 mengamalkan lagi agama hindu tradisi mereka
mereka percaya konsep syurga
malah siap berpuasa lagi
even tak sama konsep puasanya ngan kita
pokoknya semua agama menekankan konsep yg sama
asalnya laaaaaa
kerana semua agama dari Allah
cuma tercipta orang kafir kerana mereka ingkar untuk mengikut Rasulullah
penyelewengan kitab2 mereka turut berlaku
hanya Al-Quran sahaja terjamin keasliannya
itu pown ade dengar ura2 ayat quran ada  ditambah2
salah satu agenda menghancurkan Islam 2..
=)

syurga itu dekat
antara kemahuan kita
nak taknak grab peluang2 ke sana
asal patuh segala suruhan Allah dan Rasul-Nya
tinggalkan larangan-Nya
sempurna iman kita..=)

semoga kita semua punyai cita2 tersebut
usah diungkap hanya di mulut
tapi laksanakan
insya Allah
Dia Maha Memerhati
malah tiada satu pown tertinggal dari pandangan-Nya
Maha Suci Allah=)

till the next post..=)

penangan dentuman guruh~~

salam
siang tadi ada kelas CNS by dr azrina
dr ajar pasal treatment of ANXIETY
mula2 aku macam blur lah jugak
asal time kelas CNS aku jdi blur sebenarnya
hahah
sebab sakit berkenaan otak nie
lemah sikit lah  bagi aku
tapi ilmu kan
nak tak nak kena lah suka
try lah digest

after dr explain
baru lah aku paham
anxiety nie satu condition di mana abnormality in response
towards a fear situation or factor
contoh senang lipas
ada orang takot gile2 ngan haiwan perosak nie
maybe geli or adalah trauma nye kan
dan pelbagai lagi lah

cuma yg buat aku curious
aku nie ada satu benda yg aku takot
takot yg amat sangat
iaitu bunyi dentuman guruh
or aku biasa sebut ribut
bila dah berkawan ngan ramai2 nie
kena lah guna bahasa standard
nanti orang tak paham gaya bahasa aku pulak
dah jadi miscommunication
huhuhhu
aku memang sangat phobia ngan guruh nie
even nak tengok kilat pown aku jadi tak keruan dah

hal nie menjadi lebih teruk bila nak tidur
time 2 lah baru nak start kilat n guruh berdentum
kalau aku dah tidur lena takpe
tak heran dah
even sometimes ade la jugak aku ngah lena2 tidur
tiba2 ada guruh
aku akan terjaga
p2 susah dah la nak tidur
=(

kan rumah kita akan ada tingkap2
so ada la lubang2 n dapat tengok dengan jelas cahaya kilat 2
yg wat aku semakin berdebar
ala2 arrhythmia dah time 2 asenye
nak kata kecik tak lah kot
sampai sekolah menengah still gak ada perasaan phobia 2

yg aku rasa agak teruk sebab aku takkan pandang cahaya kilat 2
so ak akan guna apa2 jek yg boleh dicapai
untuk tutup mata aku
kalau bantal lebih ada tepi
aku amik tutup muka
stiap kali guruh berdentum
hati aku kencang berdebar
dan knpem aku takkan tidur ngan mudah
even sebelah aku ada jek orang
either adik2 or mak ayah aku ke
but still aku berperang dalam hati
ngan perasaan takut 2
kadang2 aku pelik jugak
kenapa aku tengok adik2 aku slumber jek dengar n tengok kilat n guruh 2
kenapa aku jek pelik macam nie
so sekarang aku tahu kenapa.......huhuhuhuhuhu

tapi right now rasa takot 2 macam dah recover skit kot
dah berkurang
dah boleh tidur sorang2 dalam pelbagai keadaan
plus sekarang tak selalu dah guruh malam2
hahahahahaa
time aku kecik jek ke guruh malam2??
or aku dah cukup besar untuk menangani rasa takut 2??
hahahahahahaa
but still aku perlukan teman
skang pown takdelah takot sbb tahu ade jiran2 sebelah bilik
sedap sikit hati

kalau ade teman hidup nanti
make sure die tak takot ngan guruh jugak laa ea
kalau tak......huhuhuhuhuhuhu
dua2 menyorok bawah bantal nanti
hahahaha
p2 anak2 sume mewarisi genetik fobia kat guruh...
great!!
hahahaahahaha
semoga bukan begitu laaa
amiiinn..
=)

k laaah
nak sambung buat kerja
takde kene mngena pown cincin nie..heh3...
sje...suka cincin nie...
=)
salam=)


harapan dan hati~~~

salam
pernah kah anda ketemu sama perkataan ini dalam hidup anda
huhuhu
mesti pernah kan
at least berharap ketika mak ayah bawak jalan2
harap boleh makan kat luar
ayah nak belikan apa2 hadiah ke
time birthday
or time cemerlang dalam pape exam
hehehehee
so memang harapan sentiasa bergayutan di leher kita
tipulah andai ada antara kita
tak tahu apa itu harapan
cuma antara besar or kecik jek harapan tu
berharap cemerlang dalam exam
even dah usaha
tapi ada jugak possibility kan untuk tak jadi kenyataan
semuanya bergantung kepada rezeki dari Dia
yang Maha Berkuasa menentukan sesuatu
=)

cuma akan rasa sakit bila harapan itu tidak tertunai
maybe kita yang terlalu gopoh
mungkin Allah sengaja menangguhknnya
demi kebaikan kita
=)

aku pernah berharap
of kos.....
tapi harapan ini berkait soal hati
harapan di beri
dan aku menyambut harapan tersebut dengan satu impian
bersama akhirnya
namun aku sedar
harapan itu kian pudar
dimamah dengan bukti2 bahawa harapan tersebut berubah arah
mungkin hanya aku yg berasa begitu
kerana aku yg berdegil mahu berharap
sedangkan sudah diberi amaran soal patah hati
jika tidak tertunai
so salah hati sendiri
retak kian jelas~~~


namun kini aku mengerti
buat masa ini
tidak perlu aku fikirkan semua ini
bukan keutamaan
andai ada jodoh
moga diketemukan lagi
semoga lebih matang di saat itu
=)

*pernah ada satu harapan yg sangat bermakna
time birthday taun nie
memang sengaja aku tak letak dalam FB
so that aku boleh bezakan kawan baru or lama
ternyata hanya kawan2 sekolah menengah aku jek yg ingat
wan,qayah,pian n diyana antara org pertama...
aku tak salahkan mereka yg masih baru mengenaliku
baru 3 tahun kot
so baru 3 kali bday aku bersama mereka kan
tak salah la kalau tak ingat
tapi dia memang tak wish
apatah lagi ada buah tangan
dipujuk hati
~die bukan lah sape2 ngan ko~~
hanya kawan!!!
kalau aku tak rasa pape kawan laki lain tak wish
so do ngan dia
aishhhhhhh
ALYAA MADIHAH!!
dah takmau fikir laaaaaaaaaaaaa
huhuhu

tibe2 teringat lagu "PERMATA YG DICARI"
huhuhuhuhuhu
terpikat ngan lagu 2
ada kata2 bermakna dalam lirik lagu 2

semuanya terpulang pada Dia
andai ada jodoh
moga diketemukan
insya Allah=)


salam=)

drama baru!!!!

salam.....
hehhehehe
ngah sedey2 pown sempat lagi nak bercerita soal nie
drama korea baru kot!!!!
hehehehehehe
yg pasti nape aku beriye2 sangat ngan drama nie
*padahal sebelum nie tak tahu menahu pown pasal korea2 nie

sebab nye hero dia adalah pakwe aku!!!!
hua3
perasan sangat laa kan
kalo si yuuchoon tu tahu ko panggil die cm 2
knpem kena belasah!
dusshhhhhh!
heh3
dah kita takde pakwe kan
jadikan hero idaman sbgai pakwe
kita ok la kan
*bukan terdesak ea!!!!
huhuhuhuhuhu

tajuk drama baru nie
I MISS U
hehehehehehee

snopsis cerita nie macam nie....
*padahal tak tengok even satu episod pown lagi
takpe..iffah dah tolong downloadkan
hehehhehehee
tak sabar tunggu iffah balik sini
heheehe

cite dia mengisahkan seorang budak perempuan
selalu kena buli time kecik
n hero nie lah yg selalu jadi pelindung
so diowang jadi rapat
then ade satu hal yg buat diowg terpisah
sampailah dewasa
satu masa nie
mereka berjumpa semula
hati masing2 masih terkenang
then after that???
kita tengok laaa sampai habis ape yg jadi...
hahahaha

kena la tengok
tak surprise laa kan kalo aku cerita semua
*padahal tak tahu jugak sebenarnya...
heh3
tapi rambut yuuchoon dlm cte nie ok
tak macam dalam drama MISS RIPLEY
cm topi keledar
hahahahah
nak tengok??
nah gedebuk besar aku bagi gambar!!hahaha
rambut die smart kan???heh3
tak sabar nak tengok!!!!!!
excited yg teramat kan???
hohohohohohohoho
ade aku kesah???
hehehe

k lah...nak fikir idea lain pulak
malam nie malam sabtu
so enjoy la kejap 
even bertimbun kerja menanti
huuuuuuuuuuuu

orait salam=)

tak keruan hati kecil~~~

salam
malam nie kan tiba2 hati jadi lain macam
tak keruan semacam
seolah2 ada something yg aku rasa
yg lain dari yg lain
yg tak biasa aku ada
macam berat jek nafas nak hela pown
tapiiiiiiiii!!!!
ini bukan soal cinta okkayy!
hahahaa
bila kita berbicara soal hati mesti orang fikir hal cinta 
kan3?????
heh3

ini soal persahabatan
aku tak berniat nak cetuskan hal nie
dah try bercakap even chatting dlm FB jek pown
tapi at least ak bercakap
kenapa dengan dia?????
siyes aku tak faham...
kadang2 cara dia buat aku jadi serba salah
seolah aku bersalah
ke memang ak ada salah???
tapi tak diungkap kepadaku pulak??
dan yang lain okay jek
awat nie sebenarnya??????
arrrgghhhhh tension gak rupanya
bila kadang2 ada masalah macam nie
melibatkan persahabtan
aku sayang semua laaa

nape rasa jauh?
kita semua dah terlalu dekat
tak perlu ada sebarang gap kot
kami sayang kamu
malah kita saling sayang menyayangi satu sama lain
aku boleh rasa kasih sayang itu
dari cara kita berkawan

tak pernah aku rasa persahabtan yg macam nie
siyes!!
even aku sendiri berapa jumlah sebenar kita semua
tapi yg pasti
jumlah tak menjadi hal
tak perlu jadi persoalan
yg penting kita semua ikhlas bersahabat demi Allah
ak sayang korang semua
harap hubungan ini kekal abadi selamanya=)


Wednesday 21 November 2012

ciptaan istimewa Allah~~

~~~~Lelaki juga adlh ciptaan Tuhan yg istimewa....
Dikurniakn kkuatan utk lindungi org yg tsayang bkn utk showoff.
Dikurniakn kelucuan utk buat org tersenyum bkn utk menggatal.
Dikurniakn kasih utk blaku setia bkn utk beristeri dua.
Dikurniakn kudrat utk bsengkang mata bkn utk mencuci mata.

Dikurniakn jari utk bzikir bkn utk watsapp pics yg bukan2!!
Dikurniakn akal utk mmbimbing yg disygi ke jln yg benar~~~~






salam

dolu2 ade post pasal perempuan
sebab aku perempuan
so aku tahu cerita pasal perempuan jela 
kang aku pi cerita pasal lelaki tapi terbagi fakta salah
mau malu seminggu
hahhahahaha

tapi ayat kat atas 2 aku jumpa di fb tadi
saja nak share
pesanan sesama hamba Dia
=)

lelaki juga istimewa sperti perempuan
kerana kita semua adalah ciptaan-Nya

tak perlu disesali rupa dan nasib kita
semuanya datang dari Dia
itulah yg terbaik buat kita
=)

pernah aku dengar kata2 nie
usah di fikir rupa kita sehodoh2 jadian
ini yang diberi oleh Allah untuk kita
bila datang dari Allah 
haruslah cantik
serta sempurna
cukup layak buat kita
ada hikmah di sebaliknya
jika miskin tiada harta
usahlah asyik diungkap hal itu
bimbang akan menjadi doa kata2 kita
biarlah di masa lepas kita tiada harta
pada masa depan belum tentu
Allah mahu kita terus berusaha
barulah layak untuk peroleh rezeki dari-Nya
oleh itu jangan terlalu awal berputus asa
ye kawan=)

bersyukur kerana ramai lagi orang lain yg tidak bernasib baik seperti kita
usah pandang orang di atas kita
namun pandang lah mereka yg masih di bawah kita
bukan untuk berlagak
namun untuk tujuan muhasabah diri sendiri
so tidak akan wujud perasaan bersangka buruk terhadap Allah..=)

salam=)



perang malaysia??

salam
semenjak dua menjak nie
makin berleluasa pulak si Israel nie
duk menghentam Palestin
nak dihapusnya orang Islam
nampak sangat ketakutan diowang
huhuhuhuhu

kita kat malaysia nie turut terkena tempias nya kan
sebab kita seagama ngan mereka
sama orang Islam
mau tak tolong
tak kan nak tengok jek

tapi dalam nak tolong diowang
ada yg nak menghulur bantuan kewangan
ada yg tolong doa
ada pulak yg tolong hentam balik puak Israel
melalui boikot memboikot
list barang2 or company dari Israel or yg bersekutu dengannya
habis diedarkan ke seluruh pelusuk negara
pakat duk memboikot  bagai
tapi dalam nak tolong
ada jugak jadi pergaduhan
=.='
apehallaaaa
macam nie la orang melayu kan
suka sangat berpecah belah
sebab hal kecik jek pown
dah nak berdebat sana sini
isu boikot contohnya
ada kata kena boikot
terutama jangan makan McD
penyumbang paling utama Israel
p2 ade pulak satu puak nie pi wat kenyataan berani mati
takmau boikot
'watpe nak susah2 sampai kita takboleh makan'
'bukan kita yg perang pown'
perrggghhhhhh
ada pulak satu golongan nie cakap
'based on niat kita'
FINE!!
p2 duk post2 dalam fb n twitter pasal nie
last2 ade tak puas hati
last2 malaysia pulak perang
tapi nie tak yah puak Israel datang pown
terjadi perang sesama sendiri
dengan tidak dirancang oleh sesiapa..
hebat kan malaysia???=.=

so moral of the story
tak payah laa nak cakap apa2
ko nak buat apa pown suka hati laa
tapi better ada la kesedaran at least secubit dalam jiwa kita nie
then tak payah nak post2 dalam fb or ape2 laman sosial
takyah on9 terus laa senang...
*2 tuju kat diri aku!hua3

okaylaaaa
sampai di sini sahaja
sekian
terima kasih
salam=) 

hakim~~

salam
nak cerita pasal adik bongsu aku
abdullah hakim ahmad tamezi
or kami panggil die hakim
time ak nak marah baru keluar nama panjang die 2
heh3
die nie manja
beselaa bongsu kan
dah la skang tinggal ngan mak ak jek
abang die dah masuk asrama
pasnie adik ak 2nd da masuk kolej
adik no 3 ngah spm
taun depan ade rezeki ada la ke mana2
memang laa tinggal hakim ngan mak jek

aku duk teringat kat dia
hampir setiap masa
bukan apa
ada something yg aku kesiankan dia
huhuhuhuhuhu

skang kat umah die jela laki yg ada
tak termasuk la pakcik2 aku
maksudnya generasi kami nie
die jek laki
khaidir pown tak cukup besar nak jadi geng hakim
disebabkan dia lelaki
die selalu terpinggir
yelaa
sepupu lain sume perempuan
tambah2 lagi die dah bersunat skang
lagi lah takley nak bercampur sangat
nak harap kakak2
hmmmmmmmm
die terlalu kecik nak jadi geng ktowg plak
hahahha
p2 selalu kena marah
sebab nakal
tapi bagi aku biasa laaa dak laki nakal cm 2
so ak fkir sbb makcik2 ak tak pernah ada anak laki kot
sbb 2 tak taw
huhuhuhuhuhuhuhu

sebelah mak aku memang tak ramai lelaki
cucu nenek aku lelaki skang tinggal 4 orang jek
2 pown sorang kat kelantan
sorang ag kecik yg amat 2 si khidir 2
then adik aku laa dua orang
dulu hakim 2 ada hafiz laa sebagai geng
at least ade jugak orang nak ajak main sepak2 bola
nak buat teman bertumbuk ke

aku tak suka tengok dia asyik kena bahan
ngan makcik2 aku n spupu aku
bukan bahan means pukul
tapi kena marah laa
ade jek tak kena
aku time ade kat umah boleh laa cover jugak
mak aku pown da malaz nak berdebat ngan adik2 dia
huhuhu

entah laa..
last2 memang hanya kepada Dia aku serahkan
semoga hakim tabah
dan hal2 cmnie yg akan buat die membesar menjadi orang berguna satu hari nanti
kadang2 aku takot die akan memberontak
asyik kena marah
aku pown tak boleh macam 2
nanti die kuat melawan
takmau nati last2 mak ak jadi mangsa
huhuhuhuhuhuhu

takmau fikir pown hal family aku jugak
kena fikir la jugak
baik buruk tetap family
cuma aku kena buat something.........
heheheh
dah lama aku duk plan
mlm nie aku kena jalankan...=)

that's all about hakim
haha
salam=)

sebab saya perempuan~~

salam
hari nie ak naik bas
even memang tiap2 hari naik bas
aku rasa hari nie terspecial pulak
nak tahu kenapa?????
jeng jeng jeng
hua3
*woman is crazy right...tanda2 kegilaan da nak menjelma..
aishhhhhh mengarut lagi....

sebenarnya aku nak cakap pasal satu kejadian tadi
time aku nak balik ke kolej
ak naik bas
sampai jek atas bas
aku tengok bas 2 hampir penuh
tiada tempat kosong melainkan tiga kerusi
namunnnnn
tiga2 bersebelahan lelaki!
dah la semuanya bukan orang yg aku kenal
i mean budak fak lain laaaa
sebab 2 tak kenal or tak pernah bertegur
huhuhu
tapi even lelaki yg aku dah kenal rapat pown
terutama dak kelas aku sendiri
aku gabra la jugak berdepan situasi nie
padahal takde laa perkara yg over sangat nak gabra bagai kan
heh3

cuma aku tak selesa dan tak sesuai laaa nak duduk sebelah lelaki
dalam bas
kerusi nye kan kecik2 molek jek
dibuatnya pakcik bas 2 terbrek mengejut or pusing lipat ke
tak ke haru aku bersentuh2 laa ngan en di sebelah
dan dalam aku duk tercari2 tempat duduk
dah sampai ke belakang sekali pown

then ade laa sorang mamat nie
dak second year kot
die duduk sorang2 kat kerusi paling belakang
dah tengok aku pown terhendap2 cm 2
nak duk pown cam ada keraguan di muka
tiba2.........
hehehehehhe
die bangun!
die suh aku duduk tempat die
manakala die plak duduk kat tempat pakcik bas tidur kat belakang
waaaaaaaahhh
jarang kot jumpa laki macam nie
ada jugak before nie jumpa
tapi yg nie baru aku perasan
ini laah sifat seorang lelaki sejati
selaku pelindung seorang wanita~~~~

perggghhh.....
tapi aku just terharu laa kan
takde lebih2
kot2 disebabkan hal tadi
terjatuh hati!
hua3
takde maknanya
hati aku tak larat nak jatuh2
kang cedera payah pulak nak rawat
huhuhuhuhuhu

rupanya ada lagi lelaki yg prihatin
sebab ade jugak kadang2 nampak
dalam bas laa terutamanya
tak nak dah mengalah kan
lagi perit kalau kawan sendiri pown tak peduli
balik kelas pulak petang2
mau berasap...
tapi kan ramai jek berdiri jugak
chill laaaa weh!
heh3

entry aku tak berniat nak tuju kat sapa2
just meluah isi hati si author nye sahaja
*jgn ada rasa tidak puas hati pulak ngan pendapat personal saya nie yeee...=)

hahahahaha
takde kaitan pown gambar nie ngan entry nie
but i love LION KING so much!!!
simba hensem....
*singa jek pown!huk3
salam=)

Tuesday 20 November 2012

sakit & perit

salam
entry nie aku tak bertujuan nak meluah apa2 kat sini
apatah lagi nak mengadu
semuanya kita pulangkan kepada Dia
kan?

cuma nak share n mintak pendapat
dua tiga menjak nie makin kerap aku rasa sakit nie
sakit yang aku sendiri konfius dari mana datangnya
tapi rasa 2 dar bahagian belakang aku
maybe tulang belakang
yg buat aku risau
tulang belakang kan antara bahagian terpenting jugak dalam badan kita
bila part 2 yg sakit semcam nie
of kos la risau
macam2 yg aku fikir
kalau cakap takyah fikir lebih2 pown
tapi kalau dah pasal badan aku
soal kesihatan
kena la fikir jugak
takkan nak suruh mak ak or org lain pulak fikir

sebab sakit nie jugak lah mood aku terganggu sikit
nak cerita kat kawan2 kat sini pown
masing2 ada masalah sendiri kan
takmo la kacau diowang
nak cerita kat mak
dah cerita
tapi takmo laa cerita lebih2
nanti mak risau
2 pown da mcam2 mak pesan
maybe mak syak something kot
yg aku pown da lama syak
cuma tak berani nak ungkap
hal nie pown kalau lah dicerita kat kawan2
mau semua lari nanti
huuuuuuuuu
tapi risau jugak kot2 'berjangkit'
kena prevent dulu nie
dah kena bertahun nak berubat
huuuuuuuuuuu

bab sakit belakang tadi
kalau difikir2
maybe sebab salah posisi badan
tapi takkan laa sepanjang masa kan
or salah tidor
tapi bukanlah ganas or buas sangat aku tidur pown
hmmmmmmmm
duk curious sangat
terusha laaa satu blog or article pasal satu pusat rawatan Islam nie
nak pi terus jauh sngat la pulak
nun di perak
huhuhuhuhu

ke nak try call?????
huhuhuhuhu
risau plus takot nak tahu kebenaran
tapi better tahu
boleh rawat awal2
hmmmmmmmm

okay laaa
dari tadi report tak siap2 jugak
huhu
till the next entry..=)
salam


Thursday 8 November 2012

naik bus's time!!

salam
hari nie kelas aku semua dibatalkan
means kami dah start cuti semalam laa sebenanya
cuma balik jek ari nie
semalam pown habis kelas pukul 5 petang kot
tak larat la nak balik terus
lain pulak cerita aku nie
nak balik ke rumah makcik aku kat taiping 2
nie satu hal
nak balik ke rumah sendiri aku dengan rela hati nya packing
nie entah laaa
da la memang anti ngan packing2 nie
tambah pulak hal nie
bertambah malas aku
nie pukul 11 sat ag nak keluar
skang pkul 10 tak kemas pape pown ag
hahahahahaha

pape hal pown
kena packing jugak kan
ditemani lagu2 berkumandang dari fon terchintaaa
hahahaha
orait laaa
nak punggah2 beg dah
nati kalau ada masa dan internet
aku update lagi
hehhehee
doa kan aku selamat pergi dan selamat kembali
*naik bas ke utara
1st time kot......sorang2 plak 2
seram2...hehee
insya Allah
Allah sentiasa ada kan
hehehhe

entah mana satu bas aku petang nie.....
naik jelaaa
asal sampai
hehehehe
doakan aku ye
=)
salam
=)

Wednesday 7 November 2012

antara dua~~

salam
petang nie sekali lagi aku ke Terminal Pudu
bertiga lagi,ngan ecah and shila
tujuan kami tak lain tidak nak tukar tiket bas
sebab nye semua kelas pada hari jumaat dibatalkan
so boleh la balik awal sehari
tapi kes aku nie
memandangkan tak balik terus ke rumah sendiri
maka nya kemalasan nak balik awal mula bertandang
bukan ape
tak selesa sangat terutama bila dah dekat ngan majlis
mesti ramai orang
dah lah mak aku takde pown
bakat beramah mesra ngan orang tua kena betul2 asah nie
hehehehehhe

on the way to terminal pudu
after turun kat stesen lrt
kita perlu menyusuri sedikit ruang pejalan kaki berbumbung
aku kira2 sepanjang penyusuran tersebut
ada dalam dua hingga tiga orang pakcik makcik tercongok kat tepi
ada yg baring
ada yang mencangkung n bersila
macam2 gaya mereka
bila dinilai dari sudut hati seorang insan
berhati perut seorang manusia
memang serius kesian kat mereka2
terasa ingin dihulur2 seringgit dua
yela aku pown bukanlah terlalu kaya sekarang
*sebab jpa tak masuk lagi
huhuhuhuhu

tapi kadang2 terfikir apa yg jadi dalam hidup mereka
sehingga mereka nekad memilih jalan tersebut
sanggup mereka melutut pada perikemanusiaan
dan memohon simpati manusia yg sepatutnya setaraf
apa agak nya yg memaksa mereka
sehingga terpaksa menebalkan muka
sehingga tidak kisah lagi untuk digelar pengemis
dipandang serong oleh masyarakat
namun tidak semua begitu
masih ada sebahagian dari manusia di dunia ini
yg masih punya hati dan perut
tetap dihulur sedikit
at least bagi lah peluang pakcik makcik 2 menjamah sedikit juadah



sometimes ak terfikir andai aku berada di tempat mereka
betah kah aku?
tabah kah aku?
mampu ke ak  bersabar melihat orang lalu lalang ngan penuh bergaya
memperlakukan aku seperti sampah
mereka sangat kuat sesungguhnyaa..
=(

ada yg masih ada kudrat
masih tough
kenapa perlu dipilih jalan hina ini?
dipandang rendah dan dicaci oleh masyarakat
selagi boleh dan mampu
kita dituntut untuk berusaha demi memperoleh rezeki Allah
pilihan sentiasa ada depan mata kita
tinggal kita untuk memilih
membuat keputusan tepat dalam hidup kita
yg akan menentukan masa depan kita

kadang2 ada juga hasutan syaitan membisik
mengatakan kemungkinan makcik pakcik nie menipu
untuk apa aku hulur duit kalau nanti hasilnya haram
isu nie timbul terutama dalam kes budak2 yg datang meminta sedekah
sambil menjual2 ayat2 Al-Quran
aku sendiri tak berkenan sebenarnya
seolah mempermain kan ayat suci Allah
dijual2 di merata tempat
tapi tak lah aku marah kepada kanak2 tersebut
mungkin mereka pown tak salah
diupah mungkin
huhuhuhuhuhuhu

tapi ada orang cakap
andai kita sibuk menyelidik ke mana duit kita hulur 2 pergi
sama ada ke jalan halal atau haram
memang kita tak akan pernah cuba membantu golongan nie
so better la tak payah nak fikir sangat
andai betul ikhlas
just hulur jek
sedekah kat mereka dengan harapan duit 2 menjadi saksi depan Allah kelak
ke mana ia pergi dan disalurkan
belakang cerita
tawakkal hanya kepada-Nya
insya Allah....=)
bersangka baik lah kamu
jika tidak
penyakit hati mudah bertandang......


salam....=)

Tuesday 6 November 2012

panahan mata~~

salam
malam2 ginie aku terpanggil pulak nak berbicara soal tajuk entry ak 2
panahan mata
or pandangan mata
orang cakap laa pandangan ke mata nie bahaya
silap buat mahu turun ke hati terus
boleh jadi bahaya or satu nikmah jugak la kot
yela
andai kata betol orangnya n tepat masanya
sesuai ngan keadaan orang 2
ok lah kalau jatuh ke hati pown
untung2 boleh sampai ke jinjang perkahwinan
hehehhe
tapiiiii
bahaya nye kalo tersilap jatuh hati
tersalah panah kat mata orang
kot2 lah dia 2 pakwe or makwe orang ke
mau cari nahas namanya
1st cari gaduh ngan orang
2nd hati sendiri la yg merana
huhuhuhuhuhuhu

oleh itu Islam menggalakkan umatnya agar menundukkan pandangan
pandangan mata sungguh berbisa
hanya satu pandangan
seluruh kehidupan mampu berubah
dengan satu pandangan juga
hati boleh terpaut
lebih parah andai satu pihak sahaja yg mengalami
sakit n merana laaaa
huhu

'sebaik2 perempuan adalah yg tidak memandang dan tidak dipandang'
aku sangat mengharapkan agar dapat menjadi sesempurna itu
tiada yg memandang
oleh itu aku sendiri tidak harus memulakan
dengan memandang dan memanah hati para jejaka
panahan mata perempuan adalah satu fitnah paling besar bagi si lelaki
kerna aku sayang
aku elak
untuk kebahagiaan kamu semua di sana kelak
aku rela dikatakan sombong dan tidak mesra
namun pada masa tertentu
aku boleh jadi ramah dan mesra
bergantung kepada situasi dan suasana
aku bukanlah dingin
tapi di depan ramai2 kaum adam
sesungguhnya aku amat segan
andai kata boleh pakai purdah............
alangkah leganya....
tiba2 aku rela tidak dikenali....
hanya dia yg halal sahaja mengenaliku dengan baik....
=)

sebuah harapan~~

salam
apa ada dengan sebuah harapan??
melalui harapan manusia mulai bermimpi
mula menanam impian dan bercita2 agar segala yg diidam akan menjadi kenyataan
tanpa kita sedari kadang2 harapan tersebut melangkaui keyakinan kita terhadap takdir Allah
kita hanya mampu merancang
Allah yg menentukan segalanya
=)

cuma berbicara soal hati dan harapan
terlalu lembut dan rapuh sebuah hati
andai kita mahu bermain2
atau bergurau senda dengannya
cepat terasa andai tersilap langkah mahupun kata
harapan itu satu janji yg belum pasti
namun seakan2 pasti
salah siapa kita pown tak pasti
huhuhuhuhu

namun apalah ada dengan sebuah harapan
andai disandarkan kepada yg tidak pasti
seolah menanti bulan jatuh ke riba
setia menanti kepada sesuatu yg belum dapat diyakini kesasihannya
seperti yg aku katakan di atas
kita merancang
Allah juga merancang
namun Allah adalah sebaik-baik perancang
hanya Allah yg mengetahui segalanya....
=)
serahkan sahaja kepada Dia
redha dengan ketentuan-Nya
bersangka baik dengan Allah
lapangkan dadamu alyaa=)

bila rindu~~~~

salam
pernah tak rasa satu perasaan nie?
kita duk teringat2 kat seseorang 2
even buat ape pown akan terfikirkan die
kalau terasa die jauh sangat dari kita
akan ada setitik dua titik jatuh mutiara jernih ke pipi
halus nye sebuah perasaan.....
lembutnya hati......


namun janganlah disalah ertikan sebuah kerinduan itu
bukanlah hanya layak dituju kepada seorang insan lelaki
yang ternyata masih belum halal buat diri ini
rindu itu sebuah perasaan yg meluas
boleh dituju kepada sesiapa sahaja
buat keluarga tercinta
teman2 seperjuangan
andai ada si dia yg tersayang
boleh la kot sikit
tak salah kan rindu
tanda kita mengingati


cuma janganlah melarat kot
sampai ada perumpaan melayu
ibarat mandi tak basah
tidur tak lena
makan tak kenyang
semua tak keruan
itu angau namanya
=)

ada sahabat berkata
andai datang rasa rindu itu
menerpa menikam2 hati yg satu
usahlah kita meluahkan kepada si dia yg kita rindu
kerana belum tentu dia dapat membalas kerinduan kita itu
namun adukan kepada Allah
direct terus mohon dilapangkan hati kita
andai masih ada rindu itu
maka berdoalah agar si dia juga turut merasa kerinduan itu
semoga die dapat merasa perasaan yg sama di hatinya
dan serahkan kepada Allah segalanya
menjadi urusan Allah yg selebihnya
dan berserah serta bertawakkal......
insya Allah Dia akan memberi yg terbaik untuk kita kelak...
yg penting biarlah kesudahan yg baik..=)

*semoga rindu ini turut dirasai oleh dia Ya Allah...
en ahmad tamezi,ayahku.....=)

amiiiiinnn...


salam=)

Monday 5 November 2012

artis korea

salam
kawan2 semua biasa kan ngan fenomena nie?
kegilaan para remaja terhadap artis korea
trend zaman ini
siap semua style nak ikot
dari gaya rambut ke baju,siap ngan makanan kalau halal pown nak ikot
yg terbaru orang duk follow skang
gangnam style kan
yg jadi isu besar gak
sebab gaya tarian dia agak pelik
n bila dak perempuan melayu buat
berganda2 laah peliknyaa 2
melayu kan sinonim ngan adat sopan santunnya
tapi......
sebab aku sendiri pernah tengok video kat youtube
'orang kampung style' kot tajuknya
dah la pakai baju kurung
siyes n secara jujurnya
buruk benor ak tengok
huhuhuhuhuhu

tapi ak sebgai salah seorang remaja zaman ini
tak terlepas jugak dari mengetahui dan mengikuti perkmbangan artis korea nie
pengaruh kawan2 dan atas keinginan diri sendiri jugak
hehehehehehehee
akhirnya terkenal gak ngan sorang dua artis korea nie
yg latest micky yuuchoon laaaa
yg aku duk post kat entry dulu2 tu
siap ada gambar bagai
suara pown boley tahan
takley bla aku share ngan shila upenye
hahahahaha

aura artis korea nie lain macam kan
pantang nampak berjala
n kat mall
semua duk kerumun
kawan aku cakap laaaa
kat korea cm 2 la fenomena nye
lain sungguh kalau kat malaysia
tapi bagus gak
kalo tak kesian plak kat artis2 nie
asyik kena serbu
n menyerabutkan mall la plak kan kalo asyik ada serbuan di lakukan
da laa artis kita suka lepak2 kat mall gak
makin sesak laa traffic sat ag
nak2 kat kL nie kan
huhuhuhuhu

tapi nak compare kan
artis korea memang cantik
comey2 n hensem2 belaka
tapi natural ke???
that's the main question here
huhu
artis korea juga sinonim ngan kecantikan plastiknya
penuh ngan plastic surgery
even mata pown diubah
dah mata diowg sepet sangat kot
nak bulatkan sikit kasi comey
hohohohohohoo
tapi yg plastic 2la yg dipuja manusia
pelik3
but......
ak tak cakap aku terkecuali kan
hua3
kerna aku manusia biasa...cewwwaaahhh
heh3

bagi aku plastic ke ape ke
yg penting aku suka lakonan die dlam drama 2
soal muka natural or plastic tahap ape sekali pown
ada aku kesah??
dah muka dia
biaq pi diaa laaaa nak wat ape pown
kalo comey ak tengok
kalo hensem ak admire
2 jelaaa
hahahahhaa
sebab 2 ada antara nya yg sampai nak mengutuk n benci certai artis
sebab terlalu plastic
bagi aku cam tak relevant jek
huhuhuhuhu
entahlaaa
itu pendapat aku saja
my personal opinion ok
hehehehee

k lah
sudah pukul 12 pagi
mata takde effect mengantuk sikit pown
kesan tidor yg terlampau lama
hahaha

ni jela gambar hero yg aku ada
sebab i'm totally a loyal fan taw
hahaaha
satu hero satu masa
heeeeeeeeeeeee
=)
rite........sehingga berjumpa lagi di next post on next issue...=)

bowling...again~~~

salam
last two or three post
aku story pasal gurlz outing kan
ke TS main bowling
for the 1st time kami main ramai2
kalau tak mesti dua tiga orang jek
huhuhhuhuhu

tadi......plan ak dari semalam nak pi hentian Pudu
nak beli tiket pi taiping
untuk cuti midsem nie
ecah cakap nak teman
fine laaa,ade teman n bertiga laa ngan shila sekali
ag pown kalo aku gi sorang mau sesat weh
hahaha
then time nak naik lift kat fak tadi
entah macam mana tersebut pasal bowling time smbang2 ngan yun
n bila min dengar semangat dia naik ke tahap kemuncak terus ok!
hahaha
kebetulan plak yun nak pi low yatt
last2 bincang punya bincang
ak,ecah n shila pi pudu dulu
yun,nazmi n zimah pi low yatt dlu
n min balik k4 dulu,ada hal sikit
yg penting last2 kena jumpa kat TS

dalam kul 2 after siap2 solat tadi
kami pown jumpa la kat tempat bowling 2
n lastly kami main 3 game!
n amik dua lane
so kami pecah dua,ada 6 orang tadi
team yun vs team nazmi
hahahahaha

lawan punya lawan berentap bagai
akhirnya team nazmi menang!
n aku?
ak n min team yun
heh3
kami laa kot penyebab kekalahan 2
heeeeeeeeeeeee
kalau aku perlu habis satu game dulu baru betol punya main
kalo tak main ngan longkang jela dulu
hahaaha

skang dah puas la main bowling
banyak kali pulak main bulan nie aje
ok laaa
kena tunggu next jpa masuk
baru nak plak nak kuar ke ape
skang just duk diam2
huuuuuuuuu

orait laaa...
sambung mass spectrometry....={
hehehehehe
salam=)

Sunday 4 November 2012

senior vs junior

salam
malam nie aku tiba2 teringat kat isu2 semasa
yg kedengaran dua tiga menjak nie
soal hubungan senior n junior
ape yg nak jadi isu sangat sebenarnya??

ada yg cakap junior tak hormat senior laa
then ada pulak kata senior tak suka junior
nak buli2 bagai
sebenarnya kan bagi aku lah
personally
isu2 macam nie tak patot timbul
kita kan student degree UKM
antara universiti terunggul di Malaysia
kenapa still berfikir macam kanak2 tadika??
be matured frenz....

kita hidup dalam satu komuniti
dalam tempat dan suasana yg sama
perlu ke nak bergaduh bermasam muka semata2 isu junior senior nie??
term senior n junior 2 perlu
but just bagi membezakan la antara student baru n lama
umur pown berbeza kan
so ada tua ada muda
n adatlah yg muda kena hormat yg muda
tapi bila penghormatan itu sikit demi sikit mula terhakis dari hati
mula lah timbul pelbagai isu tak puas hati
yg sepatutnya menguatkan kita
kamu melayu bukanlah minoriti di sini
namun kenapa kita seolah2 berpecah
tepuk dada tanya lah iman masing2

isu tegur menegur pula
bukanlah WAJIB junior tegur dulu
knon kena hormat senior kan
apa salahnya senior jek yg tegur dulu
maybe si junior 2 tak perasan kehadiran senior
mata orang2 kadang2 macam pandang kita
tapi pemikiran die melayang entah ke mana
so pandang macam tembus jek
sekali pandang nampak macam kurang sopan laa
kita lalu depan die tak tegur
so apa lah salahnya kita senior nie
berlapang dada
tegur dulu
tapi kalau pas tegur still wat tak kenal
or tak mmberi respons
2 memang nak kena wat ala2 row call laa kot
kasi brain wash skit...
heh3

tapi usahlah jadikan isu besar sangat
ke mana pergi professional kita
yg dituntut agar setiap bakal pharmacist untuk ada
ke tepi kan isu emosi
terutama dalam hal melibatkan kelas dan pentadbiran
ingatlah kawan2
what goes around will comes around....=)

*just peringatan dari saya yg lebih layak diingati dari mengingati...
=)
salam

lelaki penyayang~~

salam
pernah tak kome dengar kata2 nie
'lelaki yg suka belai kucing adalah ciri2 lelaki yg penyayang'
aku tak tahu sejauh mana kebenarannya
tapi ada kemungkinan juga
sebab seperti yg kita sedia maklum
kucing adalah haiwan yg manja
mahu dibelai sentiasa terutama kucing betina
so yg suka membelai haiwan yg sedia manja nie
orang yg penyayang la kan
bukan dari kalangan mereka yg panas baran
contoh paling dekat adalah arwah ayah aku kot
ayah selalu cerita
sejak kecil ayah aku ada bela kucing
nenek pown suka kucing even yg terbiar
biasanya kucing2 yg merempat nak mencari makanan la yg nenek aku amik
bela dijadikan ala2 anak angkat
diberi makan dan tempat tinggal
adalah dalam dua tiga ekor kot
ayah aku pown semangat cerita kalo masuk bab kucing2 nie
kami plak terexcited mendengar sampai teringin sangat nak bela kucing
cuma nyaaa
mak aku kurang gemar
sebab nenek belah mak tak suka
bukan tak suka kucing
tapi bimbang bulu kucing yg tak bersih boleh memudaratkan wudhuk
namun atas usaha kami memujuk
akhirnya mak bagi gak kami bela sekor kucing
dengan syarat kena jantan
sebab takmo ada anak2 dah nanti
hehehehe
n ternyata jelas sangat ayah aku amat sayang kucing 2
dilayan macam anak
nasib laa kami dah besar
kalo tak mau jeles
hahahahaha
tapi ayah aku penyayang
amat penyabar orangnya
tak pernah tinggi suara kat kami
apatah lagi nak pukul2
so betullah kot kata2 tadi 2 kan...
heheeh

tapi kali nie aku nak tanya
kalau lelaki 2 penyayang terhadap kanak2
means????
of kos la penyayang kan orangnya
bab nie kalo nak bagi contoh ayah aku
cam tak adil jek
memang lah ayah aku penyayang ngan anak2 dia
hehe

cuma aku nampak contoh nie kat sorang kawan laki aku
tentu lah belum kahwin
ak nampak cara dia layan anak sedara dia
yg berumur 5-6 tahun
sangat manja budak 2 ngan dia
seolah2 macam bermanja ngan ayah
cara die bertutur ngan budak 2 pown
siyes menyentuh hati aku jugaklaaaa
TAPIIIIII
jangan fikir yg bukan2 dulu
kang ada plak wat spekulasi melulu
what i mean is just aku suka tengok cara dia melayan anak sedara dia
budak perempuan umo 6 tahun 2 seolah2 biasa bermanja dengan dia
ak just kagum
sebab cara aku layan dak kecik pown tak sepenyayang itu
hehehe
ralit aku perhati die memanjakan budak 2
suka3!!!
berpotensi menjadi ayah yg amat baik suatu hari nanti
tapi memang setakat yg aku kenal dia
tak pernah2 die marah2
bukan jenis panas baran laa senang kata
sebab tu aku boleh rapat ngan die kot sampai sekarang
dah 7 tahun lebih laa kenal dia...
hmmmmm
lama gak 2...
betollah takdir Allah di luar jangkaan kita
tak pernah sangka....
ape yg tak sngka??
biarlah rahsia.....hehehehehehe

so aku ada dua contoh laa untuk lelaki penyayang nie kan
dengan kucing n budak2....
kepada kwan2 perempuan
ce perhati pakwe2 kowg 2
cukup penyayang tak ngan kucing??
ke main sepak jek haiwan comel 2 kalo datang kacau time makan?
huhuhuhuhuhu
n cne plak time die layan kanak2?

bagi aku lelaki yg suka layan budak kecik
adalah lelaki yg comel..
hehhehe
sekian...=)
inilah kucing kami
@ anak angkat mak ayah
adik angkat kami...heh3



usrah RX-3

salam
malam nie tiba2 aku teringat pasal satu lagi tugasan aku
bukan sekadar tugasan
namun sebuah tanggungjawab
amanah
kerana ia diturunkan oleh Allah buat aku selaku hamba-Nya

tugas ape?
selaku naqibah sebuah kumpulan usrah
tapi usrah nie antara kami jek
melibatkan hanya kawan2 RX3
bukan tak mahu bercampur dengan batch lain
namun adalah lebih baik diterap dlam kalangan kami dahulu
sebelum disebar kepada yg lain
biar rapat antara kami sebelum diluaskan jaringan dengan adik2
eh jap2...apehal masuk jaring bagai pulak nie??=.=

ak dipilih untuk mengetuai kumpulan aku
bukanlah kumpulan sebenarnya
cuma nak senang nampak gambaran
sebab perempuan kan ramai
so secara tak langsung memang akan wujud jugak geng2
bagi aku senang jika dibahagi begini
kerana masa yg diluang of kos lebih banyak bersama geng masing2
keluar shopping n lepak sama2
so lagi effective laa cara nie

tapi masalahnya
aku tak start lagi pown mende nie
bukan tak mau
tapi kadang2 macam tak sesuai jek masa
n ak tak explain lagi kat diowang
even ak tahu tak akan ada masalah
sebab diowang jenis yg boleh terima mende macam nie
nampak jek luaran gila2
namun ajak ke surau masih turun
ceramah pown kami dengar
cuma perlu diajak
sebagai inducer
kadang2 aku sendiri pown macam 2
sebab 2 mula2 aku rasa amatlah tidak layak aku memikul tugasan nie
namun bak kata rakan aku
'bukan saya yg plih kamu,namun Allah'...
sangat bermakna kata2 2
menyentap tangkai hati ak
heeeeeeee

so misi aku sekarang adalah ingin melaksanakan tugas aku
cuma kadang2 keyakinan nie timbul hilang timbul tenggelam
rasa tak kuat nak bagi nasihat kat orang
tapi usrah bukanlah naqibah jek yg bercakap kan
semua ahli harus participate bersama
memberi pendapat masing2
selagi tak bertentangan dengan syariat
semua pandangan diterima
tiada salah tiada betul

cuma persoalan aku
boleh tak kalau di saat kekuatan itu belum jelas
aku hanya mahu melontarkan kata2 nasihat tersebut melalui ruangan2 sosial nie
seperti di FB,twitter or blog
mungkin ada yg membaca
lumrah manusia
apa yg dibaca akan lebih lekat di hati
berbanding apa yg didengar
kerana melalui pembacaan lebih penghayatan
tapi maksud usrah itu sendiri adalah bulatan
kan????kalo tak silap ak...
tengok lah keadaan
 insya Allah
aku akan usaha untuk laksana kan juga satu hari nanti
=)

rambut sama hitam~~

salam
entry nie ak tak berniat tuju kat sapa2
just general statement n story
it happens to us
no one excepted...

rambut semua hitam
ye betul
kecuali kalau ko pi taruk warna kat rambut 2 yela lain
kasi blond ke biru air laut ke
but still rambut asal orang melayu nie hitam kan
ak amik konteks orang melayu jela
memandangkan kita malay
so nekad HITAM!!!
*macam penting sangat jek isu warna rambut
kata2 bidalan jek pown...
=P

just nak cakap
manusia nie rambut memang sama hitam
means luaran nampak semuanya sama
ada mata,ada hidung,ada telinga,tangan kaki semua la
except for yg ada kecacatan n kekurangan laa
tapiiiiiii
bila masuk bab hati
organ dalaman yg paling penting nie
lain orang lain hati nya
hitam ke putih ke merah ke kelabu ke
kita pown tak tahu
hati sendiri jelaa kita boleh duga
nak menduga n meneka hati dan perasaan orang lain
jauh laaaaaa,tak mampu tercapai oleh manusia biasa seperti kita nie
hanya Allah sahaja mampu menyelami hati setiap manusia
kerana Dia Maha Mengetahui segala sesuatu
=)

oleh sebab itu
dalam kehidupan kita yg sememangnya sentiasa berjumpa dengan orang
selain keluarga,terutama kawan2
dalam konteks hidup aku
kawan2 sekelas di UKM nie
lecturer
staff2
semua laaa yg tiap2 hari aku jumpa dan deal
termasuk la makcik pakcik cafe n makcik cleaner 2
at least bila jumpa still kena senyum tanda budi bahasa kita kan
heeeeeeeeee

bila deal ngan orang
1st hal yg paling penting ialah jaga hati dia
tak kisahlaaa sape die ngan kita
lebih tinggi or rendah
hati tetap hati
tetap lembut dan mudah retak
mudah terusik dan terasa
oleh itu
kita kena lah sangat berhati2
kerana insya Allah jika kita menjaga hati orang lain
suatu hari nanti orang pown akan jaga hati kita
insya Allah
=)

bila bersahabat hal yg sama masih berlaku
kita akan bermain dengan hati manusia
pelbagai kemungkinan boleh terjadi
kadang2 tanpa diduga ada antara rakan yg menjauh
mungkin salah kita
terlepas kata2 yg kurang enak didengar
dalam niat kita yg hanya ingin bergurau
namun itulah
hati manusia tiada siapa dapat duga
hanya Allah yg tahu...
=)

tatanglah hati....
kerna hati itu rapuh
mudah pecah jika tiada penjagaan rapi
=)


gurlz outing~~

salam
agak2 hujung minggu pas exam kami akan buat apa kat bilik??
lepak2 di bilik mungkin
tapi no no no no for this time
kami keluar juga even baru jek keluar makan hari semalamnya
ada sebab lain sebenarnya di samping mahu release tension 2
tak perlu lah dinyatakan di sini
hanya kami dan Allah jek yg tahu

selepas mesyuarat tergempar kami berlangsung
diulam dengan meggi 6 bungkus berserta air teh
6 bungkus???untuk 6 kepala,ok what.....
hahahaha
selesai meeting we jump into a conclusion
which is........
esok jadi keluar ke TS
ada request nak main bowling
jadi kami tunaikan hajat nya
then nak makan2 plus tengok movie
itulah plannya....siap wat rangka ala2 tentatif program laaaa
beriye kan......takmo ada pape yg tak diingini jadi lagi..

setelah conclusion dibuat
exco perhubungan mula menjalankan tugasnya
dihubungi ke semua cawangan2 kami
terutama yg berada di luar kawasan
hahahahaha
*dah mula buat ayat pusing2 sje bagi orang pening

aku pown kol mira ali,mira kol liza,min ajak tehah
maka terkumpul laa 10 orang esoknya di TS
tapi mira ali tak dapat ikot sebab ada hal di rumah
kami makan dulu.....
sempena celebrate bday min
kami beli la kek sikit
belanja die makan
bagir reda sikit laa bengkak di mata 2
*kesan semalamnya....hehhehee
dah kenyang,kami mula melangkah ke tempat main bowling
Ya Allah penuh yg amat manusia
kena beratur kot nak tempah lane 2
lama gak kami tunggu
last2 alhamdulillah dapat jugak dua lane
so kami pecah dua group
heh3
bowling battle bermula
seronok sangat2
all out semua ,gelak2 ketawa bagai
gembira tengok semua kawan2 happy
=)

then after siap main bowling,kami berpecah
tehah balik,min balik umah abang die kat kajang
mira ada hal petang nanti,so balik kolej awal
liza n raudah pi low yatt n masjid jamik pastu
tinggallah kami berlima
pi solat zuhur jap
then tengok movie laaaaaa
filem silent hill
tiba2 beli tiket kena duk sorang2
kena berpecah
sebab dah last2 kot
semua tempat dah penuh
da la tengok cerita hantu
huishhhhhhhh
tapi redah jelaaaaa
and lastly reaksi kami bila keluar dari wayang....
hampehhh jek cerita tu!
bagi aku setakat nie filem abraham lincoln is the best among the best movie....
jalan cerita senang nak paham
watak pown cm clear jek
cite semalam entahlaaa
ada orang cakap filem 2 sambungan dari series before2 nie
maybe salah kitowang gak main tengok jek
dah tak paham
huhuhuhuhuhuhuhuhu

wat eva laaaaaa
yg penting kami berjalan sakan
da dekat magrib baru kami sampai di bilik
dah la malam nanti nak kena turun ke dsg lagi
kawan mintak tolong
kalau free insya Allah kami akan tolong
heeeeeeeee

ok laaa setakat ini dulu
ape2 hal akan diupdate lagi di sini
hehehe
*ak bercerita bukan untuk menunjuk
namun suka2 jek nak bercerita
pengalaman hidup bersahabat di UKM........
kalau boleh pasal kelas pown nak cerita...
tapi agak over yeee..
heh3
orait
ada orang atas seru suh naik makan cupcake...
heeeeeeeeeeee
rezeki jangan ditolak....=P

salam
slurrrppppppp..
susunan deretan air2 kami
pape hal nak jadi
makan dulu!!
itulah kami
ratu2 makan...=P

muka happy nak makan nie....
nyummm3
lapaaaa3...


gila tak gila kami 
atas escalator pown sempat snap 2-3 gambar
hua3
*tak hirau da pandangan org sekeliling
heh3


tadaaaaaa
nie laaa semua yg ada
termasuk camerawoman 10 orang laa semua
sementara tunggu lane kosong

semangat tak muka diowg
ala pemain professional g2 pgg bola bwling
hehehhehee
but nice game!


dah pegang kamera sume mende nak snap
kasut kami wne lain2 sebelah
satu pink satu biru
alaaa tomeyyy3!!!


duk menunggu turn masing2
sempat snap beberapa gambar
that's how gambar kami jadi banyak akhirnya
hahahaha


n yg nie last2 before kami naik untuk solat 
poyo laa ala2 baru keluar dari kosmo world
tapi kalo ak,tak mustahil pown
heeeeeee

orait,sekian sahajalah aktiviti kami hujung minggu nie
btw,u guys are awesome!!!
make me smile always...
thanx a lot frenssss!!=)