Friday 5 July 2013

faith~~~~


salam
ape khabar rakan taulan sekalian??
hopefully semuanya sihat2 belaka
amiiinnn~~~~

tajuk post ak kat atas tu sebenarnya merujuk pada satu drama korea
heheehe
bukanlah aku nak karang cerita or ayat2 sedih berkenaan diri aku pown
sebab bila sebut pasal 'faith' or bila direct translated bermaksud iman atau kepercayaan
or takdir kot...kalau based on jalan cerita tu laaa
first reason kenapa aku sangat admire drama tu adalah sebaaabbb.....
ada Lee Min Ho!!!!!!!
hero korea feveret aku
heehehhhheehhee
ak tak kesah sape heroin nye
cantik ke tak,muda k tua,banyak cucuk2 ke natural
yg penting ada LMH
n jalan ceritanya tu pown penting
bagi aku jalan cerita drama nie seronok
bermakna
n tak jemu kalau nak ulang berpuluh2 kali

mau kasi promo sikit,ak letak gambar nie
drama nie bertemakan kehidupan dan penguasaan diraja Korea zaman 600 tahun dahulu
n melibatkan proses merentas masa
antara zaman 600 tahun b4 dengan zaman sekarang (2012)
alkesahnye drama nie,LMH (General Choi Young) tu merupakan askar diraja
atau digelar Woodalchi pada era berkenaan
yang ditugaskan untuk melindungi Raja n Permaisuri
LMH merupakan Commanding General of those Woodalchi
dia agak terkenal time tu di Goryeo (Korea pada zaman sekarang)
die femes ngan kehandalannya menentang sebarang musuh
dengan sebilah pedang yg diturunkan oleh guru beliau
yg punyai sedikit keistimewaan lah sebenarnya
n LMH sendiri pown sebenarnya ada kuasa sendiri
kuasa dalaman dia, Lighting Power
tak pernah dia kalah dalam setiap pertempuran
bukan itu sahaja,die merupakan seorang tentera yg berlawan menggunakan akal!
heroinnya pula (Yoo Eun Soo) merupakan seorang doktor pakar bedah plastik
yang hidup di zaman sekarang (2012)
umurnye mencecah 30 tahun(kalau tak silap) tapi masih belum berkahwin
bukan tak pernah ada kekasih namun dia sendiri yg susah nak menyayangi seseorang sepenuh hati
sehingga terpaksa gunakan khidmat pak nujum
demi menelek nasibnya,nak tahu siapa n bila jodohnya datang
cerita n pertemuan bermula apabila Raja Goryeo tersebut yang telah menetap di Yuan (China) sejak berumur 10 tahun
ingin kembali ke tanah air nya (Goryeo) dan memulakan pemerintahan yang baru
dikahwininya seorang Puteri Yuan dan dijadikan permaisuri Goryeo
dalam perjalanan LMH n anak buahnya (Woodalchi) iring Raja n permaisuri pulang ke Goryeo
mereka telah diserang oleh sekumpulan penjahat
yang bertujuan membunuh raja tersebut
mungkin ingin melumpuhkan hasrat mereka untuk menakluki Goryeo kembali
dalam serangan tersebut,tanpa disangka permaisuri telah cedara
ditetak di leher menyebabkan pendarahan yang banyak
doktor diraja turut tergamam dan tidak tahu bagaimana mahu menyelamatkan permaisuri
atas nasihat seorang pegawai kerajaan,Raja menitahkan seseorang untuk masuk n merentasi sebuah pintu yang dinamakan Pintu Syurga
atas kepercayaan nenek moyang mereka,kononnya pada zaman dahulu kala,ada seorang tabib(Hwata)  yang sangat handal
mampu merawat segala penyakit
namun atas konflik tertentu beliau lari masuk ke Pintu Syurga
oleh itu,mereka masih percaya dengan merentasi pintu berkenaan,mereka mungkin akan berjumpa dengan waris2 Hwata
n dalam ramai2,LMH offer dirinya untuk masuk merentasi pintu tersebut

maka sampai jek dia kat Seoul Korea pada tahun 2012, terus dia cari seseorang yg boleh rawat permasuri
kemudian ditemui seorang doktor (heroin)  yang pada pendapatnya merupakan waris Hwata
itupun setelah dia test eun soo dengan mencederakan seorang pengawal 

kecederaannya sebijik dengan yang permaisurinya hadapi
kebetulan memang eun soo pakar dalam bidang pembedahan
setelah puas hati dengan hasil jahitan luka pengawal berkenaan
diheretnya eun soo untuk mengikuti dia ke zaman 600 tahun ke belakang!
melalui pintu yang sama,eun soo dibawa untuk merawat permaisuri
dalam keadaan terpaksa,eun soo rawat permaisuri sehingga berhenti segala pendarahan
bertambah yakin mereka dengan kebolehan eun soo apabila melihat segala kelengkapan bedah yang canggih
dan mereka percaya bahawa eun soo adalah waris Hwata n datang dari syurga
atas nasihat dari pembesar sama juga
Raja menitahkan supaya eun soo ditahan dari pulang ke tempat asalnya
dengan alasan untuk menaikkan nama Raja tersebut
demi meraih perhatian daripada rakyat jelata

namun hal ini telah menyebabkan LMH tersepit
antara titah Raja nya
dan janji yang dibuat dengan eun soo untuk menghantar pulang dengan serta merta selepas selesai segala urusan merawat permaisuri
keadaan ini telah menyebabkan LMH rela ditikam dan mati demi menebus janji yg dimungkirinya
kerana pintu syurga telah tertutup!


keyakinan Raja semakin bertambah apabila eun soo sekali lagi berjaya merawat LMH
walaupun kali ini lebih kronik
kerana mereka dapati LMH sendiri yang seolah2 sudah putus harapan untuk hidup
hal ini kerana die prefer untuk berhenti berkhidmat sebagai Woodalchi
berhenti bekerja untuk Raja dan menjalani kehidupan biasa
tanpa perlu membunuh mana-mana musuh
ditambah lagi dengan kekecewaan yang masih berbaki di hatinya
dengan sikap bekas Raja yang pernah memerintah Goryeo suatu masa dahulu
ketika itu gurunya masih hidup
oleh sebab kematian gurunya berkaitan dengan raja
luka itu semakin parah dan dia seolah2 mayat bernyawa setelah kematian kekasihnya (rakan seguru)
kekasihnya pula membunuh diri setelah rasa bersalah di atas kematian guru mereka
kerana guru tersebut mati ketika mempertahankan maruahnya yang ingin dinodai oleh raja tersebut
sejak itu,LMH telah mati
lebih tepat hatinya mati









namun kedatangan Raja baru ini telah mengubah persepsi LMH sedikit demi sedikit
keenganan raja untuk melepaskan seorang general woodalchi yang sangat setia
memaksa LMH untuk sentiasa berada di samping raja
bersama beberapa tugasan yang diserahkan raja kepada LMH
dia perlu selesaikan tugasan tersebut sebelum berhenti berkhidmat
setelah itu,banyak konflik telah timbul
watak jahat nye iaitu salah seorang menteri yang sangat berpengaruh
turut sama ingin memiliki eun soo yang telah diberi gelaran sebagai 'High Doctor'
konflik dalaman dan luaran telah berlaku
terutama bagi menjatuhkan Raja tersebut
namun dengan bantuan LMH,akhirnya mereka berjaya menakluk Goryeo kembali
kisah cinta LMH n eun soo bagi aku punyai kelainan dari drama2 lain
hati LMH seolah2 kembali hidup
dengan kehadiran eun soo
walaupun wataknya agak dingin
sesuai dengan jiwanya sebagai seorang general askar
namun masih sentiasa ambil berat dan prihatin mengenai wanita yg dicintai dalam diam
dan sejak itu,dengan segala upaya dia sentiasa melindungi eun soo
malah kadang2 berbelah bahagi antara cintanya dan kesetiaannya terhadap raja

pokoknya kalau lagi mau syok
kena tengok sendiri drama nie
baru ada feeling
hehehehehe
24 episod,bagi aku cerita ni simple
tapi perlu difahami dengan jelas
kerana ada beberapa info n situasi yang memeningkan
so kalau orang tanya kenapa aku suka sngat cerita nie
tak dapat dinafikan sebab utamanya adalah LMH
tapi sejak dari awal memang aku minat dengan cerita2 cina or korea yg berunsurkan kehidupan istana
n kehidupan berlatarbelakang zaman2 dahulu
macam dalam cerita rooftop prince
awal2 cerita nya pown berkisar tentang raja zaman dulu
aku minat sebab pakaiannya,budayanya, adab n adatnya
walaupun drama nie banyak jugak yg tak logik
tapi setakat nie ak boleh terima lagi kot
hohohohohohoho
so itu sahajalah sedikit sebanyak mengenai drama feveret terbaru aku nie
heheeheheh
nie satu2 nye drama yg aku sibuk sngat promote kat kawan2 semua
wawawawawa
entahla kenapa...hehehehe
sekian sahaja...
=D


nie time eun soo bertindak untuk menyembunyikan diri di bilik LMH
tempat paling selamat katanya di Goryeo
bilik General kan....hehehehehe

sedih bila LMH terpaksa keluar demi khidmatnya pada Raja
keluar means membunuh laa
sebab time nie musuh gile2 nak bunuh raja
tambah pulak eun soo hampir kepada masa kritikal
sebab terkena racun
uhuhuhuhuhuhu


n lastly!!!!!!!
heeee
saje jek letak gambar nie
takde motif
encem tak General Choi Young
suka sangat watak dia
nak cari someone ala2 dia laaa
wawawawawa
 *kalau lah wujud
=D



No comments:

Post a Comment