Friday 22 June 2012

syukur....redha....

salam
sepanjang kehidupan kita
mesti banyak kali terjumpa dua kalimah keramat nie kan
SYUKUR~~~~
apa maknanya?
rasa berterima kasih dengan apa yg dikurniakan
terutamanya apa yg Allah kurniakan buat kita
semua nikmat yg diberi
dari segenap segi
termasuk lah nikmat kesihatan
nikmat kebahagiaan
rezeki setiap hari
tak semestinya rezeki dalam bentuk wang ringgit jek
bagi yg dah berkahwin
rezeki paling besar adalah anak
yg bukan calang2 orang Allah kurniakan
ada orang Allah kurniakan sesuatu nikmat nie
atas tiket satu anugerah @ nikmat (taktaw da nk guna perkataan lain)
atau atas nama ujian @ dugaan
depends on individu 2
sesuatu yg diberi boleh jadi satu nikmat yg membawa ke syurga
atau membawa kepada penyeksaan di alam sana
tapi even diberi sebagai ujian pown
kita kena bersyukur jugak
ada hikmah Allah buat macam 2
first sebab Allah sayang kita
sayang sangat2
sebanyak mana seorang ibu sayangkan anak yg dikandung selama sembilan bulan
seorang ayah kepada anak
seorang anak kepada orang tuanya
suami isteri yg berjanji sehidup semati
pown still tak mampu tandingi kasih sayang Allah
terhadap hamba2-Nya
syukur juga kita kerana berpeluang mengenali Allah
melalui Islam
satu2 agama kebenaran
diwahyukan melalui Nabi akhir ummat manusia
Nabi Muhammad S.A.W
cahaya kebenaran itu sampai kepada kita
bukan semua dikurnikan hidayah tersebut
lihat lah sekeliling kita
berapa ramai sahabat2 sebaya
yang masih belum mengenali pencipta mereka
malah ada juga kerana pengaruh
sanggup menepikan Tuhan yg Satu
demi mengejar kemewahan dan nikmat dunia
oleh itu
bersyukur sekali lagi
at least kita dilahir dalam agama kebenaran ini
dan tetap di jalan nya
tidak pernah terpesong
mungkin belum cukup sempurna pegangan kita
tapi sekurangnya hidayah itu dah ada
hanya perlu ditajam dan dimantapkan lagi
kan ada firman dan suruhan  Allah dalam Al-Quran
berkenaan menuntut ilmu
terutamanya ilmu akhirat
ilmu agama
wajib dituntut oleh setiap yg mengaku bahawa dia Islam
setelah belajar
makan hendaklah dia beramal
lebih molek jika dapat disebar pula ilmu itu
ilmu jika dikongsi
insya Allah
lebih berkat
lebih melekat
hehehhhehe

redha pulak ape?
menerima apa yg telah ditetapkan buat kita dengan ikhlas
tanpa mempersoalkan ketentuan Allah
tanpa mengungkit
bagi aku level redha nie tinggi sikit dari syukur
kan?
ke aku jek yg rasa macam 2?
sebab pada pendapat aku laa
redha perlu dari hati yg ikhlas
dan bukan semua hati mampu untuk sampai level 2
dan bukan sentiasa boleh
at least akan ada sedikit rasa tidak puas hati
even hati mengakui bahawa ia nya ketentuan dari Allah
takdir..........
soal ajal maut misalnya
perit untuk betol2 terima kenyataan itu
bahawa dia yg kita sayang
tiada depan mata
tiada di mana2 di dunia ini
hanya wujud dalam hati dan ingatan
harap nye lah
insya Allah
soal jodoh pertemuan pulak
pown dalam tetapan-Nya
tak mampu kita nak tolak
atau berharap lebih dari yg telah ditetapkan
nama si dia telah pown ada
cuma tidak terzahir di pandangan kita
manusia biasa
malah mungkin orang tu dah ada dekat dengan kita
kita jek tak nampak
atau dah nampak
tapi tak terdetik lagi
means belum masanya
bila tiba masa
Allah akan temukan jua hati kita
mengikut aturan yg telah ditetapkan untuk kita
usahlah dibanding2 kan dengan kisah orang lain
kita ada kisah kita sendiri
yg lebih indah
sangat manis
kerana merupakan cara tersendiri
unik hanya kita yg alami
huhuhuhuhuhu
dan banyak lagi perkara kita perlu redha dalam hidup nie
result exam pown
takdir jugak
tapi nie takdir yg boleh berubah
mengikut tahap usaha kita laa pulak
cuma in case laa kalau dah usaha but still tak berjaya
maknanya Allah nak uji kita lagi
and again
means Allah sayang sangat kat kita
n Dia tidak akan sekali2 turunkan sesuatu ujian yg kita tak mampu
nak harungi
dari mana pown
mesti kekuatan itu akan datang
just go on
tapi janganlah go on 2 mcam 2 jek
Allah nak dengar suara kita nie
merintih kat Dia
mengadu dan memohon pertolongan-Nya
Allah tidak pernah dan akan jemu dengan permintaan kita
malah hamba yg paling disayangi
adalah mereka yg suka meminta pertolongan dari-Nya
tanda pergantungan kita kepada Dia
sangat kuat
contoh terdekat aku lihat dalam diri kawan aku
coursemate aku nie
sangat kuat
even jatuh banyak kali
dia tetap cuba untuk bangun
tanpa lupa untuk terus bergantung kepada Tuhan Pencipta kita
kagum aku dengan dia
kadang2 kekuatan tu aku harap sampai kedalam diri aku
insya Allah

redha itu ikhlas
pasrah itu menyerah~~~
kata2 nie aku petik dari filem Ombak Rindu
terus tersimpan kemas dalam ingatan aku
bila dikaitkan dengan aku
aku sedar
ak lebih kepada pasrah
belum mencapai level redha 2
tinggi sangat
kalau cerita nie pasal cinta
kalau ak
bukan setakat 2
tapi hampir semua mende berkait dengan ketentuan takdir
setakat nie paling kronik berkenaan soal kematian
perkara paling tragis bagi aku
konsep kematian memang aku boleh terima
tapi betolla kata orang
bila dah kena kat batang hidung sendiri 
baru tahu kuat atau rapuh
nak harungi 2
hmmmmmmm
namun akan digagahi jua
ak yakin
one day
aku akan berjaya capai level redha 2
insya Allah


sorryla
dua tiga hari nie
mood aku lebih kepada perkara macm nie
soal muhasabah diri
harap dapat improve diri sendiri
sebab tue ak tak berani nak tegur orang
even kawan2
sebab aku tahu aku sendiri terumbang ambing lagi
bimbang jadi fitnah agama pulak nanti
tapi ada jugak pendapat mengatakan
nak tunggu sempurna memang tak kan pernah capai
dan berdosa juga jika kita yg tahu
dan nampak
namun membiarkan ia berlaku
hmmmmmmmmm
serba salah.......
huhuhuhuu
Ya Allah 
berilah aku petunjuk-Mu
hanya Kau yg aku ada
penunjuk jalan kebenaran.........
sinar harapan hanya pada-Mu
ak mohon
permudahkan bagi ku
serta sahabat2 aku........
semuanya....tiada yg terkecuali
hidupkan kami di dunia ini
dalam suasana yg sentiasa mengimarahkan agama-Mu
aminnn........

No comments:

Post a Comment