Tuesday 13 March 2012

berubah sebelum diubah

salam

kita kan selalu dengar
sembahyang lah kamu sebelum kamu disembahyangkan
ayat seram dari abad2 terdahulu 2

tapi masuk part nak berubah nie
perlu kan keazaman yang tinggi
ketabahan yang kental
semangat juang yang teguh
apa lagi?
hehehe

berubah menjadi yang lebih baik amatlah dituntut dalam Islam
malah kita digalakkan agar sentiasa membuat perubahan
'anjakan paradigma'
istilah nie first time aku dengar dari ketua pengawas sekolah dulu
seeloknya biarlah esok menjadi lebih baik dan bermakna berbanding hari ini dan semalam
malah dikatakan rugi bagi sesiapa yang sama saja tiap2 hari dalam hidupnya

even dalam pelajaran pown
kita akan menigkat dari semasa ke semasa
biarlah orang tengok result kita makin menurun
tapi kita tahu
di sebalik penurunan tersebut
banyak pelajaran yang kita perolehi
berlambak pengalaman boleh kita timba
hanya hati masing2 dapat rasai semua tu

tapi maksud aku berubah nie
adalah berhijrah
dari yang buruk kepada baik
yang tidak elok menjadi disenangi
segala yang tidak baik dikikis

sesungguhnya aku dalam usaha menjadi yang baik dalam kalangan kalian
aku masih belajar
untuk menjadi manusia sebaik2 ciptaan-Nya
dalam usaha belajar itu
sudah pasti aku tidak dapat lari dari melakukan kesilapan
insya Allah based on kesilapan itu aku belajar
semoga tidak akan berulang lagi pada masa akan datang

aku sedar aku insan yang lemah
banyak kekurangan
malah keburukan dalam diri serba daif ini
sentiasa berharap teman2 masih mampu menerima seadanya
aku jua akan menerima dan adapt dengan segala kerenah mereka
janganlah Engkau meletakkan apa2 halangan dalam perhubungan kami Ya Allah
hanya kepada Mu aku berserah...
demi Mu aku menyayangi semua sahabat ku

*ayat jiwang macam nie kalau ada kawan2 tengok knpem kena gelak habis la nie
aishhhh
tapi ini isi hati aku
yang tulus ikhlas
insya Allah
hanya di sini aku luahkan
(sebab tu taknak ada kawan baca)
heh3

orait...till then n salam~~~~

No comments:

Post a Comment