Saturday 29 September 2012

bukan tak sempurna

salam

'tiada manusia dilahirkan dalam keadaan sempurna'

ye..saya mengakui kata2 di atas
kerana yg Maha Sempurna hanya Allah Yg Esa
tiada yg lain
apatah lagi tiada manusia yg tiada dosa
kecuali Rasulullah yg sifatnya maksum
suci dari segala dosa

namun bagi ku
diri aku
bukan setakat tidak sempurna
malah lebih buruk lagi
usah dipandang aku lagi
kerana semakin kau mengenali ku
makin kelihatan segala keburukanku
sememangnya aku tidak akan tahu
apa yg dinilai orang sekelilingku
namun untuk berpatah balik
menjadi orang yg tidak dikenali
adalah mustahil bagi ku
mengenangkan jawatan berserta tanggungjawab aku
di kelas terutamanya
tidak memungkinkan semua itu berlaku
kadang2 jeles dan iri dengan mereka
yg masih mampu mengekalkan
kelemahan mereka agar tidak terlalu kelihatan di mata insan lain

bukan tidak sempurna
namun sangat tidak sempurna
tidak hairanlah andai ada yg tidak suka
tapi....
'biarkan mereka tidak menyukaimu,
kerana kamu hidup bukan untuk menarik hati orang lain,
yg penting hanyalah Allah...'
antara kata2 yg sentiasa terpapar di home FB aku
sedikit sebanyak menyentuh hati kecil ini

aku ingin diam
tidak terlalu riuh
namun bila ak berbuat yg demikian
kawan2 akan mengatakan aku moody
bad mood
mood swing
n so on
hanya Engkau yg Maha Mengetahui
namun hubungan sesama manusia harus dijaga
oleh sebab tidak mahu ada sebarang pertelingkahan
dan sebarang buruk sangka apatah lagi fitnah
tidak mahu melukakan hati para sahabat tersayang
maka ak riuhkan jua diriku
harap2 mereka yg lain turut memahami

terlalu riuh dikatakan gedik n bising
terlalu senyap dikatakan sombong or tension
oleh itu
bersedehanalah wahai sahabat sekalian
itulah sebaik2 amalan

ingatlah
hubungan dengan Allah wajib dijaga
hubungan sesama manusia juga dituntut dalam Islam
barulah sempurna iman kita..
=)

No comments:

Post a Comment