Saturday 27 April 2013

kompleksiti kisah kami~~~

salam
alkisah,di dalam sebuah kampung tinggal seorang gadis bersama adik perempuannya
mereka tinggal berdua
sebatang kara
bahagialah mereka berdua melayari kehidupan seharian yg serba sederhana
amatlah rapat mereka ibaratkan belangkas
tidak terpisah mahupun hanya untuk seketika
aman damai semuanya 
sehinggalah tercetusnya satu kejadian

datangnya seorang jejaka ke kampung mereka
dengan tujuan untuk mengembara
karakter jejaka tampan tersebut bukan saja mencairkan hati pemudi2
bahkan kaum2 ibu dan bapa turut terpikat dengan si jejaka tersebut
tidak ketinggalan dengan mereka dua beradik tadi
dalam diam,si adik telah jatuh hati dengan kebaikan dan kealiman jejaka tersebut
namun,hal tersebut sedikit pown tidak dikisahkan oleh si kakaknya
kerana apa?
si kakak sudah ada seseorang yg telah lama bertakhta di hatinya
siapa pula lelaki a.k.a raja di hati kakaknya tu?
rupanya si kakak telah lama menyimpan hatinya untuk seorang lagi lelaki di kampung mereka
merangkap teman baik mereka berdua
dan hal tersebut diketahui oleh si adiknya

lama kelamaan si adik dan jejaka tadi telah menjadi sangat rapat
tanpa disedari ada hati yang sedang remuk melihat mereka
rupanya...lelaki a.k.a teman baik mereka yg diminati oleh si kakak
telah lama juga menaruh hati terhadap si adik
bukan kakak yg dipandang
apakan daya
hati orang memang tak mampu untuk dipaksa

hati si lelaki remuk melihat kemesraan mereka
dan hati si kakak pula hancur melihat keremukan tersebut
masing2 tidak tahu situasi tersebut
memandangkan masing2 masih berahsia
moga2 terus menjadi rahsia
bagi mengekalkan keamanan sejagat
~~~~~~~

itulah sebuah kisah yg berlaku di kampung halamanku....
moga dijadikan pengajaran~~=)

No comments:

Post a Comment