Saturday 7 July 2012

tanda kita lalai~~~

salam
segala yg berlaku dalam kehidupan kita seharian
merupakan suatu rencana dari Allah Tuhan Pencipta kita
Dia yg Maha Berkuasa
firman-Nya,'kun fayakun',maka terjadilah segala yg dikehendaki-Nya
dan dijadikan segala sesuatu bersebab
semua demi kebaikan
kerana Allah mencintai segala yg baik
sukakan kecantikan

kadang2 ujian dan cubaan diturunkan jua
hanya untuk menguji hamba-Nya
juga untuk mengingatkan kita
yg seringkali alpa
seiring dengan maksud 'insan'
yg sering lupa............

aku juga lupa
sehingga diturunkan beberapa ujian
dalam persahabatan juga ada dugaan
tuduhan2 dan fitnah boleh memusnahkan sebuah persahabatan
tidak kira apa puncanya
hal ini menimpa aku
walaupun sebal rasa di hati
kerana dianggap begitu oleh beberapa orang teman ku
cuba untuk tidak difikirkan mengenainya
namun tipu laaa
bohong sangat andai kata aku boleh lupakan hal itu
lainlah kalau aku tidak akan sekali kali berjumpa lagi dengan mereka
then aku boleh lupakan
namun
dlam masa beberapa hari lagi aku akan berjumpa mereka
malah salah seorang nya menjadi partner aku dalam beberapa jwatan
ingat boleh lari?
masalah memang takkan selesai andai kita buat keputusan untuk lari
kena hadapi
tempuh dengan berani
risiko nya banyak melintang di depan
keberanian untuk berjuang mendorong semangat untuk kekal berjuang
tapi dalam hal nie
aku yg cari masalah nie
ak yg salah
ak punca segalanya
aku akui
mereka tidak salah
memang tak salah
dan mereka berhak untuk berperasaan begitu
hasil dari tingkah laku aku juga
bodohnya aku
mudah nya lupa
bahawa hati manusia memang mudah terusik
mudah tersentuh
kealpaan itu lah yg membuatkan Allah menurunkan hal ini
agar aku beringat kembali
siapa aku
apa tujuan aku
apa niat aku
seterusnya membawa kepada imej aku
status perempuan bertudung labuh
mudah sangat dipertikai
dan dikaitkan dengan peribadi aku

hal ini memberi pengajaran buatku
serius
sangat meninggalkan kesan jauh di sudut hatiku
bukan sekejap
namun dari saat aku mendengar cerita ini
sehingga sekarang aku masih terfikir
sehingga begitu terukkah mereka menganggap aku
mungkin bagi segenap orang
perkara ini mudah
tidak perlu difikirkan sangat
namun tidak bagi aku
bukanlah remeh
memikirkan apa yg difikirkan orang lain tentang diri kita
terutamanya hal ini memantulkan peribadi aku 100%
jelas batas pergaulan aku tidak terpelihara sebaiknya
selari dengan imej aku
memang pakaian ini bukan sekadar imej
ikhlas dari hati kerana Allah
namun,bimbang menjadi fitnah buat mereka muslimah sejati
Allah mahu aku beringat
ak sudah tersasar
perlu berundur
dan berpatah semula
ke jalan yg benar2 hakiki
milik-Nya
oleh itu
aku harapkan sedikit perubahan dari diri aku sendiri
sem baru nanti
dimulakan dengan azam yg baru
menjadi Alyaa yg baru
of kos laa tak ubah sepenuhnya
aku masih aku
tak mampu hipokrit
namun yg tidak baik perlu diubah menjadi lebih baik
demi kebaikan bersama
yg penting persahabatan sentiasa terjalin tanpa sebarang badai
aku tidak akan bersuara lagi tentang hal ni
kecuali ada yg menyuarakan nya
sekian~~~~~

No comments:

Post a Comment