Saturday, 27 April 2013

kompleksiti kisah kami~~~

salam
alkisah,di dalam sebuah kampung tinggal seorang gadis bersama adik perempuannya
mereka tinggal berdua
sebatang kara
bahagialah mereka berdua melayari kehidupan seharian yg serba sederhana
amatlah rapat mereka ibaratkan belangkas
tidak terpisah mahupun hanya untuk seketika
aman damai semuanya 
sehinggalah tercetusnya satu kejadian

datangnya seorang jejaka ke kampung mereka
dengan tujuan untuk mengembara
karakter jejaka tampan tersebut bukan saja mencairkan hati pemudi2
bahkan kaum2 ibu dan bapa turut terpikat dengan si jejaka tersebut
tidak ketinggalan dengan mereka dua beradik tadi
dalam diam,si adik telah jatuh hati dengan kebaikan dan kealiman jejaka tersebut
namun,hal tersebut sedikit pown tidak dikisahkan oleh si kakaknya
kerana apa?
si kakak sudah ada seseorang yg telah lama bertakhta di hatinya
siapa pula lelaki a.k.a raja di hati kakaknya tu?
rupanya si kakak telah lama menyimpan hatinya untuk seorang lagi lelaki di kampung mereka
merangkap teman baik mereka berdua
dan hal tersebut diketahui oleh si adiknya

lama kelamaan si adik dan jejaka tadi telah menjadi sangat rapat
tanpa disedari ada hati yang sedang remuk melihat mereka
rupanya...lelaki a.k.a teman baik mereka yg diminati oleh si kakak
telah lama juga menaruh hati terhadap si adik
bukan kakak yg dipandang
apakan daya
hati orang memang tak mampu untuk dipaksa

hati si lelaki remuk melihat kemesraan mereka
dan hati si kakak pula hancur melihat keremukan tersebut
masing2 tidak tahu situasi tersebut
memandangkan masing2 masih berahsia
moga2 terus menjadi rahsia
bagi mengekalkan keamanan sejagat
~~~~~~~

itulah sebuah kisah yg berlaku di kampung halamanku....
moga dijadikan pengajaran~~=)

Sunday, 14 April 2013

semakin menghampiri~~~

salam
hari ini ahad bersamaan 14 April 2013
petanda juga bahawa cuti midsem aku dah pown tamat
sekian terima kasih~~~~~~~
nak sambung lagi cuti......
tapi kan kalau lah ditambah lagi hari stay kat rumah
makin tebal sifat semulajadi kemalasan nie
malas nak balik
padahal bukanlah kena jalan kaki or drive pown balik KL
malas nak mengemas baju n segala perkakas sebenarnya
hua3
dasyat2 anak dara oooiii
mak ayah ak memang dah arif sangat laa berkenaan hal nie
tak heran dah kalau pukul 12 tgh malam ade bunyi2 bising2 sikit kat luar
itu tandanya aku dah sampai tahap serius
serius mengemas untuk balik
hehehehe
tu time matrik
kalau kat u nie,sejam before bertolak ke terminal baru nak cari2 baju
hahahahahaha

maka apabila tamat cuti midsem nie
means kami telah cukup bersedia untuk menghadapi hari2 yg agak busy
apa tak nya
khamis nie dah kena gi bangi kot
untuk event terbesar pernah kami handle
iaitu....National Pharmacy Sports Carnival (NPSC)
UKM menjadi tuan rumah tahun nie
n kami terpaksa adakan di UKM bangi
disebabkan pelbagai sebab musabab tertentu
preparation yg telah dimulakan setahun yang lepas
bakal menemui kemuncaknya
pelbagai pengalaman kami tempuhi
suka duka pahit manis semua ada
cukup untuk membuat kami semua makin akrab satu batch
tak ketinggalan juga dengan junior2
kesimpulan yang aku boleh buat
berdasarkan setahun berkerja untuk NPSC nie
memang seronok
even kadang2 terpaksa menangis
overall nye happy jek
adat la kan kesusahan n kesenangan sentiasa berganding
kalau semua senang,takdelah cabaran nya
tapi tak semestinya sentiasa mencabar
Allah kan sentiasa ada
Dia pasti membantu hamba2-Nya
=)




inilah banner n logo created by my talented peers.. 
so nice~~~~

that's all
hopefully the program will be as smooth as possible
doakan kami=)

Sunday, 7 April 2013

demi sebuah amanah~~

salam
hari ini hari ahad
bersamaan 7 April 2013
cuti aku starting officially 6 April 2013
but me myself still staying at KL
why3???
datang sepuluh orang,sepuluh kali aku kena jawab soalan sama taw
adoiyai
mula2 panjang la jugak nak explain
last2 satu jek aku cakap,'urusan NPSC'
hahahahaha
sebab mereka pown concern
duduk sini sorang2 pulak tu
siang2 okay la lagi
bila malam menjelma tu yg aku pown ase seriau
 lebih menakutkan bila perlu berhadapan ngan manusia sebenarnya
blok ktowg nie plak makin kerap berlaku kes2 kecurian n pencerobohan
alhamdulillah dah senyap sikit sekarang
tapi tetap kena hati2 kan
huhuhuhuhu

sebenarnya jawatan tu sebuah amanah
yg Allah kurniakan buat kita
 bukan calang2 orang yg dapat pikul amanah tu
n of kos
ia nya amat bersesuaian dan bertepatan ngan karakter seseorang tersebut
bila kami telek semula
semua orang dalam organisasi nie sangat2 suit ngan jawatan yg mereka sandang
n berserta kondisi tertentu yg terpaksa dihadapi
termasuklah soal kurang kerjasama,salah faham,berkira...

program kami dah sampai tahap kemuncak
tinggal dua minggu lagi
atau kurang sebab seminggu nie dah cuti
adatlah pown kalau dah balik kampung
certain tak boley on9 n busy kat rumah
ak paham laa situasi tu sebab aku pown alami
bila kat rumah,kena la duduk kat dapur n luar bilik
dah la jarang2 balik
takkan time balik nak memeruk dlam bilik mengadap ladtop plak
kalau aku pulak kena jaga adik2 sepupu ak
sekarang dah jadi dua orang
kalo dah umo 5-6 taun takde la kesah sangat kan
nie baru 1-2 tahun
unless kalo depa tido
memang heaven laa time tu
hahahaha
pastu mana nak borak2 ngan mak lagi
adik2 makcik2 nenek sepupu sepapat lagi
hohohohoho
*duduk rumah nenek memang la jdi camnie
heh3

itu lah alasan paling kukuh aku takmau balik lagi sbenanya
nak bagi settle semua mende dulu kat sini
nanti balik boleh la senang lenang sikit
bukak cuti nanti terus kena sambung hal npsc kot
plus attachment lagi
hui3

orang kalau tengok aku yg sepatutnya dah sedia ada banyak kerja nie
tapi gatai nak main bola tampar plak
asal2nya tak nak masuk pown
sebab ramai lagi yg lebih handal
tup2 nama ak termasuk jugak
xpelaaa tolong kawan2
tu satu....

satu lagi,nanti time program untuk perasmian n penutupan
aku jadi MC plak
macam semua kerja aku nak buat kan
tu pown sebab tolong kawan punya pasal
bukan takmo mintak tolong adik2
tapi possibility untuk ditolak tu lebih besar dari nak setuju
so awal2 better dah ade yg sukarela jadi MC
n memandangkan just formal text punya MC
insya Allah ak boleh buat
=)
tapi partner ak tak taw pown sape lagi
hohohohohohoho

alhamdulillah jugak ajk pemasaran aku tu cm boleh harap jugak
abih aku serah semua pasal jualan kat diowg
tapi still bawah pantauan ak n nazmi laa
kebetulan plak ak n nazmi sama2 main hari sabtu
insya Allah semuanya okay
moga berjalan lancar semuanya
amiinn
=D